berita

Nurse Terkejut Ramai ‘Terlepas’ Rentas Negeri, Siap Nak Buat Ujian Sebelum Sampai Rumah

May 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Meskipun kerajaan Malaysia sudah mengumumkan bahawa setiap individu dilarang untuk merentasi negeri sempena musim Hari Perayaan yang bakal tiba. Masih terdapat sebilangan individu yang ingkar akan arahan tersebut dan berjaya pulang ke kampung halaman.

Di Facebook, seorang jururawat yang dikenali sebagai Yaty Mohamed berkongsi kisah di mana ada individu yang tampil untuk melakukan ujian saringan kesihatan sewaktu tiba di kampung.

Macam mana boleh lepas balik?

Sekadar gambar hiasan

Tafaddhol orang Kuala Lumpur. Dia start mai dah, balik kampung beramai- ramai, pastu sampai Kelantan pukul 3, 4 pagi singgah kecemasan hospital semata- mata nak check kesihatan katanya, Nak singgah check Covid dulu katanya sebelum sampai destinasi masing-masing. Nak check sama ada positif atau negatif, sebab takut bawa balik kuman Covid dekat ahli keluarga yang lain kat rumah. Tahu pulok takut, bila ditanya ada simptom batuk atau demam ko tak ada pun. Kenapa datang emergency malam-malam macam ni kalau takder masalah kesihatan.

Habis tu macam mana awak boleh lepas balik ya. Atas alasan apa awak boleh lepas balik? Sebab setahu saya bukan senang nak lepas sempadan kalau bukan ada alasan yang munasabah. Okay la sekarang ni awak sihat kan dan tak ada simptom demam dengan batuk, datang hospital la ni semata- mata nk covid, sini kecemasan dan kita boleh saja buat saringan kalau perlu tapi bukan semua patient yang datang hospital untuk buat saringan kita akan check sample covid tau, dan lagipun kalau ujian covid diambil sekalipun bukannya immediately boleh tau result sama ada positif atau negative tau.

Menurut Yaty, dia sangat terkejut melihat masyarakat yang menetap di Kuala Lumpur sudah pulang ke kampung halaman mereka di Kelantan untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga. Tambahnya, mereka yang pulang ke kampung turut datang ke unit kecemasan hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum tiba di rumah. Perasaan mencurigakan turut diluahkan oleh Yaty. Ini kerana, kesemua mereka berjaya merentasi sempadan dan mempunyai surat pelepasan polis meskipun kerajaan tidak membenarkan mereka untuk merentasi negeri.

Kenapa tak check dekat KL?

Kalau takut sangat dekat kuman covid tu berjangkit dekat family, apasal engko tak check siang-siang dekat KL sebelum balik kampung, dah nampak diri tu cerdik sangat, pastu bila dah sampai beberapa KM nak sampai rumah baru engko datang emergency hospital malam-malam buta pukul 4 pagi nak check sama da kuman covid tu positif ko tidak.

Pelbagai soalan mengenai simptom turut ditanya oleh Yaty kepada mereka yang hendak melakukan pemeriksaan kesihatan. Rata-ratanya menginginkan keputusan segera sedangkan keputusan ujian positif dan negatif tidak boleh diterima segera. Pada masa yang sama, dia turut memberitahu bahawa masyarakat sebenarnya mempunyai perasaan takut mengenai wabak yang sedang berlaku. Namun, mereka masih berdegil untuk pulang ke kampung halaman.

Saya nah sahkan betul-betul

Saya nak sahkan biar betul-betul negatif baru boleh balik jumpa family. Sebab kawasan saya kat KL nun zon merah covid. Lepastu macam mana saya nak balik jumpa family saya. Saya orang Tanah Merah baru balik dari KL, singgah Machang dulu la sebelum balik rumah. Nak check sama ada positif atau negatif.

Menurut individu yang pulang beraya dan melakukan pemeriksaan kesihatan, mereka hendak memastikan diri mereka negatif wabak berkenaan sebelum berjumpa keluarga di rumah. Tambah mereka, kawasan rumah mereka di Kuala Lumpur merupakan zon merah.

Sumber: Yaty Mohamed

SKIP THIS AD ×