![]()
Siapa tak kenal penyanyi anggun berkulit hitam manis dan memiliki suara lunak merdu ketika menyanyi, Nurul Huda Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul.
Baru-baru ini penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Azali itu ada mendedahkan bahawa dia menerima gangguan seksual oleh stranger melalui kiriman emel dengan mesej-mesej lucah.
Menurutnya, ini bukan pertama kali Nurul mendapat mesej sedemikian sehingga suaminya telah memberi amaran kepada stranger tersebut namun ia tidak memberi apa-apa kesan. Hmmm, mesej apa yang Nurul dapat sampai dia jadi ‘angin’ ni?
There Are Some Sick People Amongst Us. …
![]()
Memang agak melampau apa yang dikirim oleh “Jaha Lat” ni, wanita manalah yang tak rasa rimas dan bimbang bila dapat mesej yang begitu rupa, lebih-lebih lagi bila dah jadi isteri dan ibu.
Namun begitu, ada peminat yang menganggap mesej itu tidak sesuai untuk ditunjukkan kepada umum dan menganggap bahawa ia seolah-olah mengaibkan diri sendiri.
Tak Perlu Nak Share Benda-Benda Macam Ni
![]()
Bagimanapun Nurul menjelaskan bahawa mungkin peminat tersebut salah anggap dengan niatnya itu.
Maybe You Misunderstand My Intention
![]()
![]()
Betul juga apa yang dikatakan Nurul, niatnya hanya mahu kaum wanita untuk lebih berhati-hati bukan untuk membuka aib sendiri. Harap Nurul dan sesiapa yang senasib dengannya ni boleh lah segera ambil tindakan.
Sumber : Instagram nourulwahabdepp








