berita

Nyanyi Penuh Feel, Ramai ‘Tunggu’ Setiap Kali Naim Daniel Cover Lagu

August 9th, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Penyanyi lagu Sumpah iaitu Naim Daniel memang sering membuat cover lagu-lagu dan dimuat naik di laman Instagram buat hiburan peminatnya. Sejak kebelakangan ini, Naim Daniel sempat merakam beberapa buah lagu berlatarbelakangkan visual drama Korea di komputernya. Lagu cover mana feel habis untuk korang?

Cinta dan Benci

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Lagu Cinta Dan Benci merupakan nyanyian asal daripada penyanyi Indonesia iaitu Geisha. Cover lagu oleh Naim Daniel ini telah memperolehi 150,862 tanda suka. Malah, rata-rata peminat dan rakan artis juga meminta penyanyi itu menyanyikan lagu lain pula.

Seribu Tahun

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Lagu cover Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain juga mendapat perhatian ramai. Rata-rata pengikutnya menyukai feel yang bersesuaian dengan latar belakang klip drama pada skrin komputernya itu. Bahkan, penyanyi asal Imram Ajmain juga meminta agar Naim Daniel untuk merakam lagu ini dalam versi yang rasmi.

Jatuh Cinta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Jika anda perasan, Naim Daniel akan memegang penyembur wangian sebagai microfon dalam setiap video lagu cover. Mungkin itu adalah signature atau kelainan ditampilkan dalam setiap video lagu cover yang dihasilkannya.

Cinta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Meruntun jiwa apabila mendengar lagu Cinta nyanyian asal penyanyi Indonesia yang hebat iaitu Melly Goeslaw dan Krisdayanti ini. Lagu cover daripada Naim Daniel ini juga tidak pernah mengecewakan peminatnya. Rata-rata peminat akui jatuh cinta dengan persembahan lagu tersebut.

Ada Cinta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Begitu juga dengan cover lagu Ada Cinta nyanyian asal daripada Acha Septriasa dan Irwansyah yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Posting video kali ini telah meraih 59,380 tanda suka dan turut dilimpahi dengan komen-komen netizen yang meminta Naim Daniel menyanyikan lagu-lagu pilihan mereka.

Standing In The Eyes Of The World

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Kami pasti lagu cover ini menjadi pilihan ramai. Lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ella sudah sinonim dengan perjuangan para atlet yang mewakili negara dan berjuang dalam memperolehi pingkat buat Malaysia.

Naim Daniel juga tidak ketinggalan mendedikasikan lagu tersebut buat Dato Azizul Hasni Awang yang telah berjaya menghadiahkan pingat perak di temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 buat kita semua. Di ruangan komen, rata-rata peminat menginginkan Naim Daniel berduet lagu tersebut dengan penyanyi asal iaitu Ella.

Sumber: Naim Daniel

SKIP THIS AD ×