berita

Nyanyi Sumpah ‘Live’ Di Hospital Untuk Peminat Pesakit Kanser, Naim Daniel Terima Pujian

February 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Impian seorang kanak-kanak yang menghidap kanser tulang tahap 4 untuk berjumpa dengan penyanyi, Naim Daniel akhirnya tercapai apabila penyanyi tersebut melawatnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Nur Aimy Adriana, berusia 11 tahun itu kelihatan sangat gembira sejurus Naim Daniel menyanyikan lagu Sumpah dan berborak dengannya.

Peminat cilik saya

Menurut Naim, Aimy merupakan peminatnya dan pejuang kanser tulang tahap 4. Tambahnya, Aimy sangat meminati lagu Sumpah. Sewaktu Anugerah Juara Lagu 34, Naim diberitahu bahawa kanak-kanak itu tidak dapat menyaksikan persembahannya ekoran sedang menjalani rawatan di hospital.

Demi merealisasikan impian kanak-kanak itu, Naim berpeluang untuk melawat Aimy sambil menyanyikan semula lagu Sumpah. Naim turut meluahkan perasaan sayang terhadap kanak-kanak itu. Dia mendoakan Aimy sentiasa kuat dan terus berjuang melawan penyakitnya. Di samping itu, Naim turut meminta orang ramai agar mendoakan kesihatan Aimy.

Baik sungguh kamu

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen terharu melihat video yang dikongsikan Naim itu. Mereka kagum dengan niat dan sikap Naim yang sentiasa menghargai insan yang memberi sokongan terhadap kariernya. Adik Aimy turut meninggalkan ucapan terima kasih buat Naim dan berdoa urusan penyanyi itu dipermudahkan Allah S.W.T.

Sumber: Naim Daniel

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.