berita

‘Nyanyian Bukan Kerjaya Awak’ – Persembahan Kurang Memuaskan, Ajai Kritik Syahir Amzah

November 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Ajai Kritik Syahir Amzah

Adik kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Syahir menerima kritikan yang kurang enak didengar oleh juri tetap Famili Duo 2023 (FD3), Ajai selepas melakukan persembahan di minggu kelima FD3.

Artikel Berkaitan: Persembahan Kemelayuan Pukau Penonton, Sharif & Syaiful Zero Peroleh Markah ‘Perfect 10’

Kena berikan 500%

Ajai Kritik Syahir Amzah

Menurut Ajai, Syahir perlu lebih ‘adil’ terhadap peserta lain yang sentiasa memberikan terbaik dalam persembahan setiap minggu.

Tambah komposer berusia 48 tahun itu lagi, bidang nyanyian bukanlah kerjaya yang boleh diceburi Syahir selepas tamat pertandingan FD3 nanti.

Lepas habis pertandingan ni, apa yang saya nak katakan ialah nyanyian bukan kerjaya awak yang boleh awak ceburi, nilai artistik itu tiada.

Bila dah masuk pertandingan, awak kena buat sesuatu. Bila awak selesa, tapi panel juri tak selesa dengan nyanyian awak itu masalah.

Saya lihat kakak awak macam syok sendiri dalam persembahan walaupun ini adalah pertandingan duo.

Awak kena adil kepada peserta lain yang dilihat begitu bersungguh sungguh. Kalau peserta lain bagi 100%, Awak kena berikan 500% untuk bantu kakak awak.

Bertemakan ‘Lagenda dan Idola’ pasangan adik beradik itu memperoleh markah ‘5’ dari kedua juri selepas membawakan lagu nyanyian asal Britney Spears dan Michael Jackson yang berjudul ‘Baby One More Time’ dan ‘Beat It’.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan.

Lebih istimewa, penonton yang melanggan pakej TontonUP berpeluang untuk mengundi sebanyak 50 undian untuk duo kegemaran mereka! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×