berita

‘Nyanyian & Penghayatannya Memikat Hati Saya’ – Ajai Pilih Aufahanie Cover Lagu ‘Saat Hilang Cintamu’

August 10th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, penyanyi Aufahanie mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi sebuah muzik video yang memperlihatkan nyanyian semula lagu ‘Saat Hilang Cintamu oleh Siti Sarah Raissuddin sempena genap dua tahun pemergian arwah.

Pikat hati saya

Siapa sangka dalam ramai-ramai artis, komposer terkenal iaitu Ajai memilih Aufahanie untuk diberi peluang menyanyikan semula lagu ‘Saat Hilang Cintamu’. Lebih menarik, nyanyian Aufahanie diiringi persembahan keyboard oleh Ajai sendiri atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas.

Selaku pencipta lagu tersebut yang dikeluarkan pada tahun 2003, Ajai berkata dia tertarik dengan cara nyanyian dan penghayatan Aufa.

Nyanyian dan penghayatannya memikat hati saya. Yang pasti dia mempunyai ‘barang’. Mengingatkan saya seperti nyanyian…. Al-Fatihah Allahyarhamah Siti Sarah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kelunakan suara Aufahanie yang begitu merdu dan bersahaja. Malah ada yang berterima kasih kepada Ajai kerana memberi peluang kepada Aufahanie menyanyikan semula lagu ini.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOHD FAIZAL MAAS?? (@byajai)

Sumber: Ajai

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×