berita

Nynaa Harizal Selamat Bersalin Anak Sulung

February 5th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Nynaa Harizal memberitahu dia telah selamat melahirkan seorang bayi pada 29 Januari yang lalu. Berita gembira tersebut dikongsi oleh Nynaa sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tahniah!

Artikel berkaitan: Lama ‘Menghilang’, Nynaa Harizal Sedang Sarat Hamil Anak Sulung

Alhamdulillah

Meskipun tidak mendedahkan jantina bayi kepada umum, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal berkata, segala urusannya untuk bersalin telah dipermudahkan oleh Allah.

Alhamdulillah for everything.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! suami kepada Nynaa iaitu Fahmi Ilyas turut berkongsi berita gembira tersebut di media sosial. Ujar Fahmi, kali ini mereka sudah bertiga.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah buat Nynaa dan suami. Tambah netizen, mereka tidak sabar untuk mengetahui nama dan melihat wajah bayi tersebut.

Sumber: Nynaa Harizal

 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×