
Anak kepada penulis lagu terkenal, Lan Laga iaitu Nur Ainun Syailah Kamaruzaman melangkah berani ke dunia keusahawanan apabila melancarkan sebuah kafe gaya hidup baharu yang berpaksikan komuniti dan seni.
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Nasi Kandaq Fest 3.0 Kembali! Ada Promosi Khas RM3 Untuk 333 Pengunjung
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Biar Betul 3 Oyster RM12? Ini Sebab Anda Perlu Datang Ke Seafood Festival 2024
Kafe ‘Datang Selalu’

Syailah, 29, berkata, kafe yang diberi nama Gisomo itu yang diambil daripada dialek Terengganu dan Kelantan bermaksud “Datang Selalu” yang merupakan tribute peribadi kepada arwah neneknya, seorang pakar pastri.
Resipi dan semangat arwah nenek menghidupkan banyak idea kami. Gisomo adalah cara saya menghargai legasinya.
Menggabungkan konsep fusion kreatif Melayu-Barat, Gisomo disasarkan buat pekerja kreatif, profesional dan khususnya komuniti pelajar di Cyberjaya.
Antara tarikan utama ialah Tart Lompat Tikam, Nasi Ulam dan Keropok Lekor yang dipadankan dengan hidangan Barat seperti pasta serta pilihan sihat seperti granola, smoothies dan acai bowl.
Tidak ketinggalan, kualiti kopi antara keutamaan utama. Gisomo menggunakan house blend dark roast gabungan biji Brazil, Surabaya dan Sumatra.
Setiap house blend kami ditetapkan dalam nisbah formula tertentu, menghasilkan rasa kopi yang hadir dengan nota coklat gelap, rempah dan karamel. Kami mahu kopi bukan lagi untuk golongan tertentu, ini kopi komuniti.
Sokongan keluarga

Berkongsi perjalanan sebelum pembukaan, Syailah mengakui melalui pelbagai cabaran termasuk renovasi yang memakan masa hampir setahun.
Cabaran itu lebih besar daripada yang saya sangka. Pembukaan terpaksa ditunda ke November, sedangkan perancangan asal ialah Julai. Masalah kontraktor, kos binaan dan perkara tidak dijangka memang menguji.
Namun kekuatan sebenar datang daripada kedua ibu bapanya termasuk sosok ayahnya, Lan Laga yang tidak pernah berhenti memberi dorongan.
Saya berjuang, saya tidak akan berputus asa. Ayah dan ibu adalah kekuatan saya. Mereka sentiasa mengingatkan, ini baru langkah pertama.
Dengan visi jangka panjang, Syailah berharap Gisomo dapat dikembangkan ke lebih banyak cabang perniagaan pada masa depan. Gisomo kini sudah beroperasi, dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam di Tamarind Square.
Gisomo turut menerima Sijil Cap Dagangan (Trademark Certificate) daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
