
Penggemar manisan ada satu lagi sebab untuk singgah ke pusat membeli belah, Mid Valley.
Shantea Dessert bukan sekadar kedai manisan biasa, kerana setiap menu yang ditawarkan diinspirasikan dari bahan-bahan warisan dan diberi nafas moden yang segar.
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: 7 Sebab Kenapa Perlu Makan Durian Di Bangi
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Syed Saddiq ‘Approved’ Supamala Hotpot! Boleh Celup Daging Dalam Aneka Kuah & Paling Penting Halal
Dessert sihat & berkhasiat
Bahan seperti sarang burung, tau fu fah, biji teratai, gum peach, kolagen sisik ikan dan kelapa mungkin kedengaran macam klasik, tapi Shantea berjaya jadikannya pencuci mulut yang bukan saja menyelerakan, malah mengekalkan nilai pemakanan berasaskan ramuan tradisi.
Apa yang menarik, Shantea mengetengahkan falsafah mereka sendiri iaitu Honest Ingredients, Heritage at Heart, Modern Delight.
Dalam erti lain, mereka menekankan penggunaan bahan asli, berpegang pada elemen tradisi, tetapi dengan gaya penyediaan yang moden dan menarik minat generasi baru.
Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang hadir merasmikan pembukaan tersebut, usaha sebegini selari dengan persiapan negara menuju Tahun Melawat Malaysia 2026, di mana pelancongan gastronomi bakal menjadi tumpuan utama.
Kekayaan kulinari Malaysia adalah khazanah yang patut diketengahkan, dan Shantea melakukannya dengan cara yang segar serta menarik minat generasi baharu.
Suka tengok reaksi pelanggan
Manakala, Pengarah Urusan Shantea, Nevinn Leow pula menyifatkan jenama ini sebagai lebih daripada sekadar kedai pencuci mulut.
Apa yang paling menyeronokkan ialah melihat reaksi pelanggan, ada yang rasa selesa dengan sesuatu ramuan yang dikenali, ada juga yang terkejut dengan kelainan olahan menu kami.
Bagi Shantea, kami ingin orang ramai menikmati pengalaman yang sukar dilupakan dalam setiap suapan.
Suasana outlet yang direka sebagai ruang santai moden melengkapkan konsep ini, menjadikannya lokasi gaya hidup untuk pelanggan yang mencari keseimbangan antara kecantikan, kesihatan, dan budaya.
Antara pilihan yang mencuri perhatian termasuk Mango Coco Mochi Hug, Musang King Coco Cloud dan Coconut Longjing Bird’s Nest.
Bagi meraikan pembukaan besar ini, SHANTEA menawarkan minuman Coconut LongJing Bird’s Nest atau Jasmine Rose Bird’s Nest secara percuma kepada 100 pelanggan terawal setiap hari bermula 2 Oktober sehingga 5 Oktober. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Facebook dan Instagram Shantea Dessert.