
Restoran daging premium terkemuka, Me’nate Steak Hub terus memperkukuh reputasinya sebagai destinasi pilihan berbuka puasa apabila memperkenalkan hidangan istimewa Ramadan kali ini iaitu Iftar Mubarak Platter.
Artikel Berkaitan: Ikuti Kisah Pemilik Restoran Me’nate Yang Pemurah & Pilih Calon Pekerja Hanya Dengan Bacaan Qunut
‘Sharing platter’

Ketika ditemui OhBulan!, Penolong Pengurus Jualan, Mohd Izham Othman yang mewakili pemilik restoran itu berkata sajian eksklusif yang berkonsepkan sharing platter itu direka khas untuk mereka yang hadir secara berpasangan.
Istimewanya kali ini, ia menampilkan gabungan Tomato Pilaf Rice bersama menu utama premium Me’nate Steak Hub, termasuk BBQ Beef Ribs, Lamb Shank Tulang Merah dan Harissa Chicken Drumstick.
Hidangan itu dilengkapkan dengan Arabic Vegetables Stew, Mix Salad, sos BBQ, sos Tulang Merah, Sambal Korek dan Sahawiq, sekali gus menawarkan keseimbangan rasa yang mengenyangkan dengan pengaruh cita rasa Timur Tengah serta sentuhan istimewa Me’nate.
Pelanggan yang menikmati iftar itu turut diberikan akses tanpa had ke Semi Buffet Me’nate sepanjang tempoh promosi Ramadan.
Turut hadir bersama pada majlis itu adalah anggota kumpulan terkenal Senario memeriahkan acara pada majlis tersebut.
Dalam pada itu, Izham berkata pihaknya juga berkata pada Ramadan kali ini mereka turut menyediakan sajian kuih-muih tradisional, pelbagai pencuci mulut, hidangan gorengan nasi, aneka juadah berasaskan mi, live cooking station pasta, buah-buahan segar, kurma dan kekacang serta pilihan salad dan pembuka selera.
Natebox

Sementara itu, Me’nate Steak Hub turut menyediakan Iftar Mubarak NateBox iaitu set hidangan untuk empat hingga lima orang makan pada harga RM399.90.
Kata Izham, Me’nate Steak Hub turut menawarkan promosi Early Bird dengan potongan harga sebanyak 15 peratus sehingga 31 Januari 2026 bagi tempahan meninimum dua orang.
Harga promosi ditetapkan pada RM84.90 seorang bagi dewasa berbanding harga asal RM99.90, manakala kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun ditawarkan pada harga RM42.40 seorang berbanding RM49.90.
Tempahan awal kini dibuka dan orang ramai boleh menghubungi talian 03-4141 9133 atau WhatsApp 011-5555 8448/019-356 8321.
Tidak hanya itu, para pelanggan juga boleh menghantar emel untuk membuat pesanan di [email protected] atau membuat tempahan dalam talian menerusi linktr.ee/menateofficial.







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
