
Kalau sebut fasal hotpot, ramai rakyat Malaysia yang menggemarinya. Dari tengah hari sampai ke lewat malam, aktiviti celup-celup sayur, daging dan makanan laut dalam kuah panas sambil bersembang panjang memang menjadi terapi.
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: 7 Sebab Kenapa Perlu Makan Durian Di Bangi
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: ‘Kampung Lah’ Saji 100 Hidangan Melayu, Resipi Turun Temurun Negeri Sembilan
Supamala port lepak

Kini, peminat hotpot ada satu lagi port wajib singgah iaitu Supamala yang baru sahaja buka cawangan ketiga di Bangsar Shopping Centre (BSC).
Majlis pelancaran kali ini cukup meriah dengan kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Menariknya, cawangan BSC ini seluas 6,500 kaki persegi dan merupakan outlet kedua terbesar selepas Sunway Pyramid. Rekaan dalaman lebih moden dan selesa, sesuai makan sambil lepak lama dengan kawan atau keluarga.
Dengan lebih 140 tempat duduk serta 10 bilik VIP peribadi (muat 4 hingga 10 orang setiap satu), Supamala sememangnya menekankan konsep makan bersama.
Citarasa semua

Pengarah Urusan Supamala, Alex Yap, berkata, pihaknya mahu setiap pelanggan yang datang dapat menikmati hidangan dengan sepuasnya.
Bagi kami, Supamala bukan sekadar restoran. Kami ingin menjadikan restoran kami sebagai tempat orang ramai berkumpul, berbual dan menikmati masa bersama sambil menjamu selera dengan hidangan yang sesuai untuk semua.
Cawangan Sunway Pyramid sudah mendapat sijil halal, manakala BSC sedang tunggu pengesahan rasmi.
Sementara itu, Pengerusi Supamala, Datuk Azmi Hassan berkata, Supamala menepati citarasa pelbagai bangsa dan kaum serta peringkat umur.
Hotpot menyatukan orang ramai dan kami mahu memastikan ia dapat dinikmati semua lapisan masyarakat melalui pendekatan berfokuskan halal.
Cawangan baharu ini menzahirkan tekad kami untuk terus membina hubungan sesama masyarakat melalui makanan, sambil memastikan proses pensijilan halal dapat diselesaikan secepat mungkin.
Dari segi menu pula, Supamala BSC menawarkan lima set bufet dengan harga bermula RM38.90+ untuk Set Makan Tengah Hari atau Supper.
Ada juga pilihan istimewa seperti Meaty Buffet Set dan set mewah Supaluxury Buffet Set. Lebih 100 menu à la carte disediakan, dari kuah sup istimewa sampai ke pencuci mulut kreatif.
Bagi meraikan pembukaan, Supamala memperkenalkan Supa Lucky Wheel. Dengan setiap pembelian set bufet sepanjang September 2025, pelanggan berpeluang memenangi hadiah menarik.
Hadiah utama satu set Supaluxury Buffet bernilai RM189.90 dan hadiah khas berupa satu set All-in-One Buffet bernilai RM99.90.
Tidak cukup dengan itu, sempena Hari Kebangsaan, Supamala tawarkan Musang King Cendol pada harga promosi RM14.90+ (harga asal RM22) dengan pembelian set bufet terpilih.
Untuk info lanjut atau tempahan, boleh terus ke Facebook, Instagram dan TikTok rasmi @Supamalahotpotmy.







![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)
