berita

‘Bukan Nak Kurus Pun Tapi Kesihatan Lebih Penting’ – Rahim Sepahtu Selamat Jalani Pembedahan

October 19th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Baru-baru ini pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan usus atau lebih dikenali ‘Bariatric Surgery‘. Dia sebelum ini mengalami masalah obesiti, gastrik dan gangguan tidur yang dihadapinya sejak dua tahun lalu.

Terkini, pelawak itu telah selamat menjalani pembedahan tersebut. Detik itu dikongsinya menerusi laman Instagram sebentar tadi.

Sebelum menjalani pembedahan

https://www.instagram.com/p/BolFiIingKX/?taken-by=rahimr2

Terima kasih mendoakan saya

https://www.instagram.com/p/BpDoI3RniAE/?taken-by=rahimr2

Alhamdulillah…

https://www.instagram.com/p/BpGQKnmH3Ti/?taken-by=rahimr2

Perkongsian dari Dr Mustafa

https://www.instagram.com/p/BpEbm69huVa/?taken-by=dr.mustafamt

Sementara itu, menurut laporan dari mStar, Rahim mengalami penyakit sleep apnea iaitu masalah penafasan semasa tidur dan terasa keletihan selepas bangun dari tidur. Seperti yang telah dikongsi seorang doktor pakar Dr Mustafa menerusi laman Instagram.

Saya memang mengalami masalah gastrik agak sudah lama selain gangguan tidur sehingga terpaksa menggunakan alat tekanan saluran pernafasan berterusan bagi membolehkan saya tidur.

Kesukaran tidur selain nafas terhenti disebabkan obesiti menyebabkan masalah itu dan memerlukan saya menggunakan alat itu untuk memastikan saya sentiasa mendapat oksigen.

Lebih pentingkan kesihatan

Apabila saya bertemu dengan pakar dan berbincang mengenai masalah saya ini, pembedahan pintasan gastrik sangat sesuai bagi menyelesaikan masalah saya sekali gus dapat mengurangkan berat badan berlebihan.

Hendak kurus bukanlah keutamaan saya tetapi lebih kepada kepentingan untuk menjaga kesihatan memandangkan usia pun semakin meningkat. Sasaran saya agar masalah seperti gastrik dan sukar tidur dapat pulih selain menjalani kehidupan lebih sihat selepas ini.

Sumber: mStar, Rahim, Dr Mustafa

SKIP THIS AD ×