berita

#OBFesyen: Koleksi Chuck 70 De Luxe Wedge Converse, Dengan Tumit 4 Inci Penuhi Citarasa Wanita

February 13th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

tumit 4 inci

Biarpun sekadar alas kaki, kasut merupakan pelengkap penampilan seharian kita. Reka bentuk, jenis hinggalah jenama memberi impak besar dan juga melambang kepada personaliti seseorang.

Artikel Berkaitan: Neelofa Jual Koleksi Kasut ‘Kayangan’ – ‘Harga Asal RM14k Tapi Nak Jual RM1k Je’

Artikel Berkaitan: Radin Dedah Pernah Ada Koleksi Kasut Sehingga 800 Pasang

Kasut tumit empat inci

Edge of Style

Terbaharu, jenama Converse tampil dengan rekaan terbaru apabila menampilkan koleksi Chuck 70 De Luxe Wedge yang merupakan hasil kolaborasi dengan pereka dan kreatif wanita.

Terkenal dengan kreativiti dan ekspresi diri, Converse menggalakan peminatnya untuk mencari gaya baharu bersama siri kasut tumit tinggi yang bertemakan ‘Edge of Style.’

Bukan itu saja, tiga koleksi warna ini turut tampil dengan gaya yang di luar jangkaan Chuck iaitu dengan menambah gabungan bersama Luxe klasik.

Selepas kejayaan koleksi The Chuck 70 De Luxe Heel, The Chuck 70 De Luxe Wedge menawarkan kasut berketinggian sehingga empat inci.

Ubah penutup kaki getah bulat

Edge of Style-5

Malah, edisi ini mengubah penutup kaki getah bulat ikonik menjadi satu dimensi yang baru sekaligus mengetengahkan DNA Chuck Taylor pada bahagian atas. Jenama yang cukup terkenal ini juga menampilkan butiran jahitan, pelekat Converse berbentuk oktagonal dan warna-warna klasik yang sememangnya sinonim.

Koleksi De Luxe ini dilancarkan bersama dengan siri kolaborasi kolaboratif global dengan kolaborator kreatif wanita termasuk Martine Ali dan Feng Chen Wang.

Setiap kolaborator terkenal kerana mencatat laluan baharu dan mentakrifkan semula status quo dan Converse telah menawarkan siluet ikonik Chuck Taylor sebagai inspirasi serta pemangkin kreativiti untuk menentukan masa depan fesyen.

Chuck 70 Deluxe Wedge kini boleh didapati di The Exchange TRX, Pavilion, Mid Valley, Sunway Pyramid, cawangan One Utama dan kedai utama digital kami converse.my.

SKIP THIS AD ×