
OhBulan! Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kembali dengan senarai pencalonan yang menghimpunkan karya muzik daripada barisan penyanyi tempatan.
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Karya Tercalon Kategori ‘Filem Paling Viral’, Hargai Kreativiti Penggiat Seni Tempatan
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Calon, Satu Gelaran! Siapa Bakal Bergelar Peniaga Paling Viral Tahun Ini?
15 lagu

Kehadiran 15 lagu dalam senarai pencalonan pastinya menjadikan persaingan lebih menarik untuk melihat karya manakah yang bakal dinobatkan sebagai Lagu Paling Viral OBPVO 2.0 menerusi undian peminat.
Bakal berlangsung secara dalam talian pada 15 Januari 2027, OBPVO 2.0 mengetengahkan 15 lagu yang mencuri perhatian pendengar sekali gus memberi pengiktirafan kepada karya muzik yang menjadi pilihan ramai.
Antara calon-calonnya:
- Aku Yang Salah (Drama Band)
- Break (Misha Omar)
- Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie)
- Cinta Tersimpul Rapi (Intan Maya)
- Kesuma (Siti Nurhaliza)
- Juliet (Akim & Majistret)
- P Ramlee & Saloma (Alpha)
- Menamakanmu Cinta (Siti Nurhaliza & Ade)
- Peluk (Hael Husaini & Nadeera)
- Kita Usahakan Lagi (Batas Senja)
- Rasa & Takdir (Amira Othman & Irfan Haris)
- Sayang Orang Sama(Adira)
- Jodoh Lebaran (Aisha Retno)
- Dalam Diam (Zayn Nakal)
- Calar (Amir Masdi)
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan!
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)