OhBulan! Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini kembali menemui peminat pada 15 Januari 2027 dengan menghimpunkan 15 calon yang mencipta nama serta mendapat perhatian ramai menerusi dunia digital.

Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Siapa Bakal Dinobatkan ‘Nepo Baby Paling Viral’? Zaki Yamani, Azeva & Ammar Ahyan Antara 15 Calon Pilihan

Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Penyanyi Berentap Untuk ‘Penyanyi Gen Z Paling Viral’! Alpha, Umairah & Wani Kayrie Antara Pencabar

15 calon peniaga paling viral

Bukan sahaja selebriti, golongan peniaga yang aktif mempromosikan produk dan perniagaan di media sosial turut mendapat tempat menerusi pencalonan bagi kategori Peniaga Paling Viral bagi tahun ini.

Bakal berlangsung secara dalam talian pada 15 Januari 2027, acara ini pastinya menjadi antara momen yang dinanti-nantikan untuk menghargai pengaruh dan pencapaian individu yang mewarnai dunia media sosial.

Berikut antara calon-calonnya:

  1. Kek Lapiz Haffiez
  2. Dhira Nasi Lemak
  3. Budak 46
  4. RizzQuesillo
  5. Kak Ojie
  6. Syakirje
  7. Opah Strawberries CH
  8. Farah Dina
  9. Atok Jajan
  10. Pakcik Tupperware
  11. Tokey Coconut Candy
  12. Durian Papa Muda
  13. Kilos Cakes
  14. Kakak Naga
  15. Bonsha Bonshi

Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan!

Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!