Seorang wanita warganegara Hong Kong yang dikenali dengan nama Bonnie Evita Law disahkan meninggal dunia ketika menjalani prosedur menyedut lemak dan pembedahan membesarkan payudara baru-baru ini. Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah klinik dermatologi iaitu Ollim Plastic Surgery yang terletak di Korea Selatan.
Meninggal masa pembedahan
Menerusi laporan yang dipetik daripada South China Morning Post (SCMP) memberitahu, mangsa ialah cucu kepada Law Ting Pong yang juga merupakan pemilik perusahaan pakaian terkenal Bossini. Menurut sumber, mangsa berusia 34 itu dikatakan telah menjalani pembedahan pembesaran payudara sempena meraikan sambutan hari jadinya yang berlangsung pada Januari yang lalu.
Pembedahan tersebut dilakukan oleh Dr Kim yang mengakui mempunyai pengalaman sebagai pakar perubatan selama 10 tahun yang turut dibantu oleh pakar bedah, Jung Tae Gwang dan seorang jururawat bernama Park Mi-Soo. Tetapi malangnya, pembedahan tersebut tidak berjalan dengan lancar disebabkan oleh kecuaian doktor yang bertugas pada ketika itu. Mangsa pada awalnya telah mengadu kesakitan sebelum Dr Kim meminta Dr Jung untuk memberi suntikan sedatif, ketamin dan medazolin sebanyak 2 kali ke atas tubuh wanita ini.
Keluarga bakal saman doktor
Doktor kemudian meneruskan pembedahan terhadap mangsa sehingga mukanya bertukar menjadi pucat. Keadaan mangsa yang dilihat semakin teruk di mana mulut dan hidungnya yang telah mengeluarkan darah yang banyak sebelum mangsa dikejarkan ke hospital Catholic University of Korea’s Eunpyeong St Mary’s Hospital
Tetapi malangnya, sejam selepas itu mangsa disahkan meninggal dunia di dan mayat mangsa tidak dapat dikebumikan di Hong Kong disebabkan oleh penularan wabak coronavirus. Ahli keluarga mangsa akhirnya membuat keputusan untuk membakar mayat mangsa di Korea Selatan.
Mereka menyalahi undang-undang
Keluarga mangsa yang juga merupakan keluarga konglomerat di Hong Kong dikatakan akan menyaman pakar perubatan, pakar bedah dan jururawat yang terlibat dalam pembedahan wanita itu. Menurut suami mangsa yang dikenali dengan nama Danny Chi memberitahu, kesemua mereka telah melakukan kecuaian ketika pembedahan dijalankan.
Tidak ada yang dapat kembalikan isteri saya. Semua ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang lain. Saya tak mahu tragedi yang sama berulang dan berlaku kepada keluarga lain.
Mereka juga dipercayai menyalahi undang-undang atas tuduhan membunuh dan memalsukan dokumen.
Sumber: South China Morning Post, The Standard