Program istimewa RaRa TV3, Oh Mummy! musim baru ini akan dibintangi oleh pelakon dan pengacara, Amyra Rosli.
Artikel berkaitan: Unik! Karakter AI Jadi Wajah Kempen Ramadan Raya Macam Dulu-Dulu 2024 TV3, Kongsi Ilmu Dengan Cara Baru
Artikel berkaitan: Best 9 Malam Sepanjang Ramadan! Fail Mahkamah: Ramadan Terakhir Nur Alya, 999, Majalah 3 Edisi 10 Tahun MH370 & Pesta Angin Timur Perlis 2024
Kongsi kehidupan harian
Amyra dan suami yang juga seorang pelakon, Amar Baharin bakal berkongsi kehidupan harian mereka dalam menghadapi bulan Ramadan bersama-sama anak mereka iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Sebelum ini, Oh Mummy! pernah dibintangi oleh Mas Idayu pada tahun 2022 dan Sharifah Shahira bagi tahun 2023.
Pada musim kali ini, anak sulung Amyra iaitu Anaqi sudah mula belajar untuk berpuasa dan merupakan tahun pertamanya bersekolah.
Cara Amyra uruskan keluarga
Selain itu, penonton dapat melihat cara Amyra menguruskan keluarganya di samping jadual kerja yang sibuk dengan penggambaran model dan tugasnya sebagai hos Nona.
Untuk episod kedua, anda bakal mengikuti perjalanan Amyra dan Amar menjalani penggambaran baju raya bersama anak-anak mereka.
Jom saksikan gelagat pasangan ini menguruskan anak-anak mereka yang begitu aktif dan mempunyai pelbagai ragam ini dalam Oh Mummy! pada setiap Sabtu jam 5.30 petang di TV3 dan strim sekarang melalui aplikasi Tonton.