

Sebut je mengenai filem Lilo & Stitch mesti korang semua cukup kenal dengan filem animasi legend ini. Pada kali ini, filem Lilo & Stitch bakal kembali dengan versi live action!
Nak tahu apa yang lebih best? 7-Eleven kini turut memperkenalkan ‘Ohana Time: Adventures with Stitch’ yang sedia menawarkan keseronokan dan hadiah yang menarik buat korang semua!
Ayuh ketahui lebih lanjut bagaimana korang mampu menangi hadiah-hadiah eksklusif ini.
Apa Itu Ohana Time?

Bagi mereka yang mungkin belum tahu, dalam budaya Hawaii, “Ohana” bermaksud keluarga. Dan dalam dunia Stitch, ini adalah tentang menghabiskan masa bersama mereka yang kita sayangi.
Kini, 7-Eleven mengajak korang untuk merasai Ohana Time dengan membawa pulang produk eksklusif dari koleksi Stitch.
Mulakan ‘Ohana Time’ Korang Bersama 7-Eleven!

Bermula 5 Mei ini, korang semua khususnya peminat Stitch berpeluang mendapatkan Multipurpose Food Bowl secara percuma!
Lebih menarik, korang berpeluang mengumpul empat warna eksklusif yang tersedia menerusi kolaborasi 7-Eleven bersama Stitch!
Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai hadiah lain termasuk hadiah pakej percutian ke luar negara menanti korang.
Ayuh ketahui lebih lanjut bagaimana caranya untuk korang enjoy berbelanja di 7-Eleven sambil berpeluang memenangi hadiah eksklusif ini.
Ini Caranya Untuk Dapatkan ‘Ohana Time’ Korang!
1. Kumpul E-Stamps dan Dapatkan Multipurpose Food Bowl Percuma

Apa yang perlu korang lakukan hanyalah berbelanja serendah RM10 dalam satu resit di mana-mana kedai 7-Eleven dan gunakan aplikasi MY7E untuk scan untuk berpeluang mendapatkan 1 E-stamp.
Semudah kumpul 15 E-stamp sahaja dan tebus Multipurpose Food Bowl secara percuma!
Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai hadiah yang korang boleh menangi termasuk hadiah pakej percutian ke luar negara, menanti korang.
Jadi, jangan lupa untuk kumpul sebanyak-banyaknya!
2. Sertai Peraduan ‘Adventurous Travel with 7-Eleven Contest’ dan Menangi Percutian ke Disneyland Hong Kong!

Korang nak bercuti ke Disneyland Hong Kong? Ini caranya!
Korang cuma perlu berbelanja serendah RM20 dalam satu resit dan scan QR code yang disediakan.
Isikan borang penyertaan dan muat naik bukti pembelian korang. Mudah bukan?
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah utama berupa Percutian 4 hari dan 3 malam ke Disneyland Hong Kong untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak bersama wang poket sebanyak RM3,000. Serius best!
Hadiah-Hadiah Lain Menanti Korang:
Hadiah Utama: Percutian 4 hari dan 3 malam ke Disneyland Hong Kong (untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak) beserta wang poket RM3,000 sekeluarga!
Hadiah Pertama: 3x MAS Asean Pass bernilai RM1,499.
Hadiah Kedua: 10x Kad petrol RM100.
Hadiah Ketiga: 100x Tiket wayang GSC.
Kempen ini berlangsung dari 5 Mei hingga 29 Jun, jadi pastikan korang tidak terlepas peluang untuk menang!
Lebih mudah, semua ini boleh dilakukan di lebih daripada 2500 cawangan 7-Eleven yang mudah dijangkau!
Tips dan Trik Untuk Menyertai Peraduan
Untuk memaksimumkan peluang korang menang, pastikan korang berbelanja dengan bijak dan kumpul sebanyak mungkin e-stamps.
Dengan setiap pembelian produk yang layak, bukan hanya produk yang korang dapatkan, malah peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik juga semakin meningkat.
Kesemua proses mudah dan cepat dilakukan dengan aplikasi MY7E dan QR code yang disediakan. Tinggal scan, isi borang, dan hantar. Serius mudah!
Ketahui lebih lanjut dengan layari laman web dan Facebook rasmi 7-Eleven untuk mulakan ‘Ohana Time’ korang!








