berita

#OhBulanTutupChapter23: Fasha Sarung Saiz S, Muka Hael Mirip ‘Oppa Korea’ & ‘Six Pack’ Atiq Azman, Ini 5 Artis Paling Glow Up!

December 25th, 2023 | by Shahrin
OB Eksklusif

OhBulanTutupChapter23

Melawati fasa tahun 2023, sudah pasti banyak perubahan yang berlaku pada fizikal seseorang dan hal itu turut terjadi dalam kalangan selebriti tanah air.

Artikel Berkaitan: Nadeera Zaini Kena ‘Face Shaming’, Ibu Bapa Nangis Baca Komen – ‘Ada Yang Kata Muka Saya Macam Ba**’

Artikel Berkaitan: Posing Tepi Pantai Sambil Tayang ‘Sixpack’, Netizen Tegur Atiq Azman -‘Dulu Acah Jaga Aurat’

Paling glow up!

OhBulanTutupChapter23

Selain menitikberatkan tentang bentuk badan, ada juga segelintir selebriti yang megambil peluang untuk mengubah gaya penampilan dan rupa paras agar mereka kelihatan lebih extra tampan dan cantik!

Jadi, siapakah artis paling ‘glow up’ pilihan OhBulan tahun ini? Jom semak!

#1 Hael Husaini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

Imej dan penampilan penyanyi Hael Husaini sering menjadi bualan wargamaya di media sosial.

Menurut dakwaan sesetengah pihak, terdapat perubahan pada wajah pelantun lagu Jampi itu sehingga ada yang menyamakan dia dengan beberapa nama bintang dari Korea.

Enggan mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan itu, Hael berkata sebagai seorang selebriti dia mengakui dirinya sangat menjaga penampilan diri.

Artikel Berkaitan: Didakwa Ubah Wajah Sebab Taksub K-Pop, Hael Husaini Bagi Respon – ‘Saya Suka Tampak Presentable Di Mata Masyarakat’

#2 Khai Bahar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi, Khai Bahar dilihat mengambil inisiatif untuk membuat badan dan memiliki tubuh yang lebih tegap.

Selepas memiliki badan yang sado, Khai dilihat sering berkongsi fotonya ketika berada di gimnasium buat tatapan pengikut sehingga ada yang berseloroh mengatakan mereka ‘melting’.

Artikel Berkaitan: Khai Bahar ‘Belanja’ Foto Badan Berotot, Netizen Mohon Jangan Sado Sangat

#3 Atiq Azman

Tindakan pelakon Atiq Azman memuat naik beberapa foto mendedahkan tubuh badannya di laman Instagram sekitar Jun lalu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Pemilik nama lengkap Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah dilihat mendedahkan bahagian depan tubuhnya yang sasa sehingga menampakkan pusat.

Menurut netizen, mereka tidak menyangka pelakon drama Nur itu bertindak memuat naik foto sedemikian memandangkan sebelum ini dia seorang yang sangat tegas mengenai penjagaan aurat.

Artikel Berkaitan: Posing Tepi Pantai Sambil Tayang ‘Sixpack’, Netizen Tegur Atiq Azman -‘Dulu Acah Jaga Aurat’

#4 Nadeera Zaini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official _Nadeera (@official_nadeera)

Asam garam bergelar anak seni, sudah pasti tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikan netizen. Begitu juga yang terjadi dengan penyanyi meningkat naik, Nadeera Zaini.

Nadeera mendedahkan dia pernah mendapat kecaman teruk oleh wargamaya sehinggakan ada yang sanggup menghina rupa parasnya dan menyamakan wajahnya dengan haiwan haram!

Bagaimanapun, masih ramai peminat yang menyokong Nadeera dan tidak melihat kepada rupa paras semata-mata, sebaliknya melihat bakat besar yang dimiliki penyanyi itu. Lihat kini Nadeera semakin cantik dan pandai bergaya!

Artikel Berkaitan: Nadeera Zaini Kena ‘Face Shaming’, Ibu Bapa Nangis Baca Komen – ‘Ada Yang Kata Muka Saya Macam Ba**’

#5 Fasha Sandha

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Tidak keterlaluan jika dikatakan ramai wanita ‘makan hati’ melihat perubahan yang berlaku pada fizikal pelakon popular Fasha Sandha.

Fasha memaklumkan dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 18kg dengan pengambilan makanan yang sihat dan mengurangkan pengambilan ayam serta daging.

Malah, kata aktres berusia 39 tahun itu, dia kini boleh menyarung pakaian saiz ‘s’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Nafi Makin Seksi Selepas Kurus -‘Saya Pakai Baju Lama’

SKIP THIS AD ×