berita

Ohh..Patutlah 4 Tempat Unik Di India Ni Digelar Hidden Treasure, Ini Sebabnya!

August 8th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: Simon Christen – iseemooi

Sekarang ni kalau korang perasan, India makin dapat tempat di hati kaki-kaki travel seluruh dunia. Tengok jelah di media sosial, banyak betul orang kongsikan itenarary diorang di tempat-tempat menarik serata India, macam Delhi, Mumbai, Kashmir dan banyak lagi lah!

Tapi, ramai yang tak tahu 4 tempat unik yang dianggap sebagai hidden treasure bagi kaki seni dan traveller yang gilakan keunikan bumi India ni. Nak tahu kat mana dan kenapa? Jom kitorang bagitahu..

Bhubaneswar, kaki seni wajib datang sini!


Kalau korang ni peminat filem Bollywood, mesti korang familiar dengan Bhubaneswar. Reka bentuk bangunan bersejarah, ukiran seni kat kuil-kuil purba, dan juga pakaian penduduknya menjadikan Bhubaneswar saling tak tumpah macam latar belakang filem Bollywood. Kalau korang nak feeling-feeling berlakon dalam filem Hindustan, bolehlah ootd dan selfie kat bangunan kat sini.

Bhubaneswar juga terkenal dengan tarian Odissi iaitu tarian klasik India yang berasal dari kuil-kuil Hindu di Odisha. So, korang jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan muzik dan tarian yang memukau ni tau.

Kalau korang nak tahu, kat Malaysia pun ada seorang penari dan pelatih tarian klasikal India Odissi iaitu Datuk Ramli Ibrahim. Beliau pun dah banyak kali perform kat India, siap dapat Anugerah Kebangsaan India lagi. Salute!

Oh ya, masyarakat kat sini pulak memang kreatif dalam menghasilkan barangan kraftangan yang diperbuat dari tanah, teskstil, ukiran arca, ukiran perak, papier mache dan banyak lagi. Jadi, kat sini memang sesuai kalau korang nak beli ole-ole untuk bawak balik.

Hyderabad yang unik dan berwarna warni!

Gabungan tradisi Hindu dan Islam dalam budaya, makanan, gaya hidup dan bahasa di Hyderabad menjadikan segala-galanya unik dan menarik. Senang cerita, Hyderabad ni sama jugaklah macam Malaysia sebab ada pelbagai budaya dan agama sekaligus menjadikan bandar ni meriah dengan etnik, budaya, perayaan dan festival yang berbeza.

Lagi menarik, wanita di sana akan padankan aksesori seperti sandal, beg tangan, kasut dan gelang diorang dengan warna baju yang dipakai. So, kalau korang berjalan di bandar Hyderabad, korang akan nampak suasana yang colourful dan ceria!

Korang peminat seni lukisan dan barang kraftangan? Haa..memang korang kena datang sini sebab Hyderabad terkenal dengan semua ni. Kat sana nanti, mesti korang akan jumpa pameran yang mempamerkan lukisan, potret klasik dan lukisan kontemporari yang memang wajib korang beli dan bawak balik.

Haa..kalau datang sini, jangan lupa rasa dan makan makanan terkenal di Hyderabad seperti Biryani, Haleem dan Irani Chai. Hyderabad Biryani ni dikatakan dimakan tak kira waktu kat sana.

Nak makan masa breakfast, lunch atau dinner pun semua terpulanglah. Samalah juga macam Haleem iaitu stew mengandungi daging, lentil dan gandum yang dijadikan paste tebal. Rasa Irani Chai yang lemak manis pulak memang wajib korang try! Cicah dengan biskut pun sedap. Yum!

Visakhapatnam, kaya dengan festival..

Visakhapatnam ataupun Vizag ni adalah bandar terbesar di India. Vizag ni memang kaya dengan festival seperti Chandanotsavam, I. S. K. O. N. Utsav, Lumbini, Music Festival, Navy Day yang diadakan sepanjang tahun. Kalau korang bernasib baik, dapatlah korang join, tengok dan rasai sendiri keunikan dan kemeriahan festival ni semua.

Haa..kalau korang nak cari ole-ole pulak, kat sini memang syurga kraftangan. Banyak yang korang boleh jumpa macam koleksi ukiran kayu cendana, seni batu dan banyak lagi!

Visakhapatnam juga terkenal dengan seni tarian dan muzik mereka sendiri iaitu Carnatic. Menariknya, kanak-kanak di sana dibiasakan menari dan belajar tarian bermula dari kecil dengan belajar sendiri di rumah.

 Kochi, lubuk mural dan lukisan terbaik di India..

Buat penggemar sejarah purba, korang kena datang ke Istana Mattancherry di Kochi ni. Istana dua tingkat bekas tinggalan Portugis ni menyimpan banyak sejarah dan pernah digunakan oleh pemerintah Kochi sebagai istana rasmi.

Kat sini, korang akan jumpa pelbagai mural Kerala dan memaparkan sekilas kehidupan kerajaan Raja Kochi dalam bentuk barang kerajaan, lukisan seni kuil Hindu, dan lain-lain. Tema mural dinding pulak menggambarkan adegan dari Ramayana, Mahabharata, dan legenda dewa Hindu Guruvayurappan.

Korang suka subjek Sejarah dulu kat sekolah? Haa..meh datang Kochi sebab kat sini ada banyak muzium yang korang boleh lawat. Ada Museum of Kerala History, Indian Naval Maritime Museum, Indo-Portuguese Museum dan Kerala Folklore Museum Kochi. Kat sini korang boleh tahu pasal sejarah Kochi sejak abad ke 16 dulu!

Oh ya, kalau singgah sini, jangan lupa makan kati rolls dan paratha. Memang umphh! Lepas dah penat berjalan tu, bolehlah relakskan diri dengan urutan tradisional Ayurveda yang berasal dari Kerala.

Jom pusing India dengan tambang serendah RM179!

Apa lagi korang, jomlah ke India dan rasai sendiri keunikan di 4 tempat yang digelar hidden treasure ni!

Jangan risau pasal tambang sebab kami ada berita baik ni! Sekarang, korang boleh tempat penerbangan terus ke Bhubaneswar, Hyderabad, Visakhapatnam, Kochi, Kolkata dan banyak lagi tempat menarik di India dengan harga ahli serendah RM179! 

Tempoh perjalanan: Sekarang hingga 31 Januari 2019

Ada lagi tau good news, jika korang adalah ahli dan menempah secara terus di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia, korang layak nikmati tambang terendah dan diskaun segera. Yeay!

Yang lagi best, korang juga akan dapat faedah tambahan seperti:

  • BIG Member Discount – Diskaun segera apabila menempah penerbangan di airasia.com/mobileapp 
  • Bayar dengan BIG Points – Kini korang boleh bayar penerbangan dan penambahan lain (add-ons) dengan BIG points di airasia.com/mobileapp 
  • BigClick – Simpan butiran kad korang untuk bayaran yang lebih cepat
  • MyBookings – Urus penerbangan akan datang dan pra-tempah penambahan lain (add-ons)
  • Priority Access – Akses 24 jam (ahli sahaja) ke jualan dan promosi (tempat duduk percuma)

Wow, banyaknya faedah yang korang akan dapat dengan airasia.com! Tempahlah sekarang dan rancang percutian korang. Dengan harga berbaloi, confirm tak menyesal!

SKIP THIS AD ×