berita

OHSEM Lancar Dana Bernilai RM21 Juta Untuk Pemasaran Digital Buat Usahawan SME

August 10th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

YB Fahmi Fadzil iaitu Menteri Komunikasi dan Digital bersama Media Prima telah melancarkan Dana Iklan Digital OHSEM bernilai RM21 juta sempena acara OHSEM Marketing 360 di Hotel Pullman, Bangsar.

Dana ini adalah satu kerjasama di antara Dattel Asia Group (DTL), REV Media Group (REV) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Dana Iklan Digital OHSEM

Pengiklanan untuk SME lazimnya dijalankan di platform media sosial dan kebiasannya paltform kandungan premium seperti SAYS, Berita Harian, NST, Siraplimau, OHBULAN! tidak termasuk dalam pertimbangan PKS/SME (Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana) dalam menjalankan pengiklanan.

Namun dengan wujudnya Dana Iklan Digital OHSEM ini, secara tidak langsung memberi pilihan kepada usahawan SME untuk melonjakkan jenama dan jualan mereka menerusi platform kandungan premium.

Apakah yang boleh di dapati melalui Dana ini?

Usahawan SME sekarang boleh mendapat akses kepada pengiklanan yang bernilai RM8,000 dengan hanya RM1,000 sahaja.

Bagaimana nak mohon untuk dana ini?

Anda boleh memohon secara online di laman www.ohsemads.com. Kelulusan akan diberitahu dalam tempoh 48 jam. Dana ini terhad kepada 1,000 usahawan pertama yang membuat permohonan yang diluluskan.

Impak 3 penjuru

Menurut YB Fahmi Fadzil, inisiatif kerjasama swasta dan kerajaan ini amat strategik dan mempunyai impak 3 penjuru iaitu:

Impak kepada SME: Mendapat akses kepada pengiklanan laman kandungan premium seperti REV Media dengan harga mesra SME dan SME mempuyai pilihan untuk menjalankan iklan selain media sosial.

Impak kepada Platform Konten Lokal: Pengiklanan SME di platform konten lokal, ini dapat memastikan pemain-pemain lokal menjadi lebih mampan.

Impak kepada ekonomi negara: Mengikut data, rakyat Malaysia berbelanja dalam lingkungan RM2 billion di platform FB. Secara tak langsung, Ringgit Malaysia keluar dari negara dan ia tidak menjana pusingan ekonomi dalam negara. Inisiatif ini di lihat dalam merancakkan lagi ekonomi dalam negara.

Sementara itu, CEO Dattel Asia Group iaitu Ashran Dato Ghazi berharap agar inisiatif ini menjadi pencetus kepada penjanaan ekonomi dalaman secara menyeluruh melalui impak 3 penjuru.

Pihak kami sangat terbuka untuk berkolabirasi dengan platform teknologi pasaran dan juga bersama platform kandungan yang lain agar aspirasi untuk membantu usahawan SME dapat di capai dengan lebih pantas.

Dana Iklan Digital OHSEM juga membolehkan usahawan mendapat akses kepada paltform profil data pengguna untuk sasaran yang lebih tepat dan juga platform REV Ad Manager yang berkuasakan AI.

Dalam masa yang sama, Samuel Wee, CEO REV Media Group berkata, inisiatif ini hanyalah permulaan dalam usaha REV Media Group dalam menyokong usahawan SME.

Saya harap SME merebut peluang keemasan ini untuk mencuba sesuatu yang baru untuk mereka.

SKIP THIS AD ×