berita

‘Okay Je 1,2,3 & 4’- Isteri Fitri Haris Benarkan Suami Kahwin Lagi?

March 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Walaupun isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga selebriti tempatan akhir-akhir ini hangat dengan kontroversi dan mendapat bantahan hebat daripada kaum wanita, namun berbeza pula pendirian bagi isteri anggota nasyid UNIC ini.

Artikel Berkaitan: Netizen Throwback Fitri Haris Pernah Pengsan Ketika Buat Persembahan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suhaimi Saad Minta Tambah Bini, Ina Naim Suruh Beli Mesin Basuh Dulu

‘Thanks bidadariku’

Menerusi hantaran anggota kumpulan nasyid UNIC mulai Julai 2022, Dr. Fitri Haris di Instagram (IG) telah mencuri tumpuan ramai tentang sebuah gambar bertulis tulisan ringkas ‘Poligami’ dengan emoji dilamun cinta.

Di ruangan kapsyen gambar tersebut pula, penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu itu berterima kasih kepada isteri yang juga merangkap pengurusnya itu kerana sokongan yang diberikan dan memahami keadaan dirinya.

Thanks bidadariku, atas segala sokongan dan kefahaman. Moga Allah berkati segala usaha kita. Amin.

Dalam pada itu, hasil tinjauan OhBulan! di Instagram (IG) milik isterinya pula ternyata wanita itu juga memuat naik sekeping gambar bersama Fitri beserta kapsyen seakan-akan membenarkan suaminya itu untuk berpoligami dan dia kelihatan tidak ada masalah jika dimadukan asalkan dapat membahagiakan suami.

Jangan risau. Ok je 1,2,3 dan 4 pun asalkan Encik Jamil (suami) bahagia dunia akhirat.

Untuk rekod, Fitri mendirikan rumah tangga bersama Fazilah pada tahun 2019 selepas tiga kali bergelar duda.

Sumber: Instagram Dr. Fitri, Instagram Fazilah

SKIP THIS AD ×