
Walau bagaimanapun, semakin lama, Fattah mula menunjukkan tanda-tanda peningkatan dalam mutu lakonannya. Drama terbarunya, My Coffee Prince versi Malaysia nampaknya mendapat sambutan orang ramai yang rata-rata ‘enjoy’ melihat keserasiannya bersama gandingan, Janna Nick. Malah, drama tersebut turut menerima ulasan positif dari penerbit serta pengarah tersohor, Erma Fatima.
Erma enjoy tonton Coffee Prince
Namun, bukan semua yang seronok menonoton drama ini. Dalam ramai-ramai yang ‘enjoy’ menonton, ada sahaja satu dua suara yang tidak mempunyai pendapat yang sama. Membaca bahagian komen status muat naik Erma, dilihat ada seorang pengikut mendakwa lakonan aktor itu masih ‘kayu’ sehingga hari ini.
Apa yang menarik perhatian adalah komen balas Erma yang seakan menepis dakwaan pengikut tersebut dengan mempertahankan aktor popular itu.
Netizen sokong, Fattah semakin baik
Apa pendapat korang pula? Rasanya masih ‘kayu’ ke?
Sumber: Instagram Erma Fatima