berita

Oksigen Turun & Dipercayai Akibat Masalah Jantung, Bapa Azza Elite Meninggal Dunia

August 1st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bapa kepada penyanyi dan pelakon, Azza Elite iaitu Zawari Abdul Aziz disahkan meninggal dunia awal pagi tadi. Arwah meninggal dunia disyaki akibat masalah jantung di Hospital Batu Gajah, Perak.

Oksigen abah turun

Menerusi laporan Harian Metro, Azza memberitahu bapanya terlebih dahulu dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19 pada 1 Julai lalu.

Sebenarnya abah kena Covid-19 awal Julai lalu dan dibenarkan keluar selepas Hari Raya Aidiladha tempoh hari. Kebetulan jantung abah pun bermasalah juga. Sepatutnya ada rawatan lanjut untuk jantung, tapi tak sempat. Cuma, punca kematian masih belum dapat dipastikan. Oksigen abah turun ke paras 73 dan 70 semalam.

Sewaktu kakak saya, Noor Amelia Hafiza periksa mereka tak buang masa terus panggil ambulans dan bawa ke Hospital Batu Gajah.  Ketika itu abah masih okay. Allah lebih sayangkan abah. Dia meninggal dunia ketika mendapat rawatan di situ.

Tambah Azza, kali terakhir dia berjumpa bapanya sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha yang mana ketika itu masih dirawat di hospital.

Saya berjumpa abah sebelum dia keluar hospital. Tapi kalau tak jumpa pun memang setiap hari buat panggilan video. Kami adik-beradik selalu bergurau dengan abah. Minta maaf tu selalu. Abah suruh menjaga keharmonian adik-beradik. Itu saja pesanan abah yang selalu dia sampaikan kepada kami yang mana mesti sayang semua adik beradik walaupun berlainan ibu. Ikutkan kami semua ada 12 beradik. Kalau daripada mak saya, saya anak tunggal.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×