berita

OMG! Mekdi Berkolaborasi Dengan NewJeans? Ada Menu Eksklusif Baru? Wow!

September 12th, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Siapa peminat Mekdi angkat tangan!

Mesti bosan kalau asyik order benda yang sama je kan? Cuba bagi tahu min burger apa yang korang selalu order kat Mekdi?

Dalam banyak-banyak burger Mekdi, min paling suka makan Spicy Crispy Chicken Burger tau. Bukan apa min memang suka makan makanan yang pedas ni, baru puas!

Psssttt…Min dengar cerita Mekdi ada keluarkan menu eksklusif baru tau, masa pun terhad! Agak-agak korang apa eh?

Burger atau wrap, mana pilihan korang?

Min percaya korang mesti dah biasa makan Burger Ayam Pedas Rangup kan? Kali ni Mekdi ada buat Wrap Ayam Pedas Rangup beb!

Mempunyai patty ayam pedas yang digoreng rangup di luar, juicy di dalam, siap ada hash browns yang digoreng keperangan dan menambahkan lagi kesegaran, lettuce segar siap dengan spicy garlic sauce memang memberikan rasa nikmat untuk korang.

Bayangkannya pun dah buat min kecur air liur tau!

Lain macam eh Mekdi X NewJeans!

Perhatian! Bunnies Malaysia, korang mesti dah tau kan yang penyanyi lagu ‘Super Shy’ kini berkolaborasi dengan Mekdi untuk kempen antarabangsa mereka, Rangupkan Duniamu!

Haaa…Disebabkan ni lah, Mekdi keluarkan menu eksklusif baru Wrap Ayam Pedas Rangup.

Kumpulan pop Korea, NewJeans juga telah memperkenalkan tarian Chicken Dance untuk korang semua tau #McDChickenDance. Apa lagi kasi trending lah!

Mesti cute tengok Minji, Hanni, Danielle, Haerin, dan Hyein menari kan? Korang bila lagi?

Cepat sebelum terlambat!

Sebelum tu min nak ingat kan yang Wrap Ayam Pedas Rangup ni limited tau. Orang putih selalu cakap ‘first come, first serve’! 

Tak tahu nak order yang mana? Haaa…Order jer dua-dua confirm korang tak menyesal.

Bukan setakat tu je, ia juga didatangkan bersama minuman Strawberry Fanta dengan hidangan sampingan seperti Chocolate Pie, Strawberry Choco McFlurry dan kalau korang tambah RM1.50 korang akan dapat SeaWeed McShaker untuk pembelian secara set.

Sekali cuba confirm repeat lagi!

Nak menang NewJeans Special Gift?

Korang tahu tak yang korang boleh menang NewJeans Special Gift dengan hanya menari #McDChickenDance? Yaaa…Tak susah pun sebenarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by McDonald’s (@mcdonaldsmalaysia)

Apa yang korang kena lakukan ialah :

  • Langkah 1 : Pergi ke video Chicken Dance @mcdonaldsmalaysia untuk mendapatkan audio Chicken Dance.
  • Langkah 2 : Record video korang menggigit Burger Ayam Rangup Pedas atau Wrap.
  • Langkah 3 : Lakukan Chicken Dance secara solo atau bersama kawan-kawan korang.
  • Langkah 4 : Post video tersebut di Instagram (pastikan profil adalah umum), tag @mcdonaldsmalaysia dan #McDChickenDance

Bermula dari 15 September 2023 hingga 17 Septemper 2023 ni korang berpeluang memenangi hadiah istimewa NewJeans yang eksklusif, kalau korang join acara yang akan diadakan di Mekdi Bukit Bintang. Dengan cerita pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut.

Klik SINI kalau nak tahu dengan lebih lanjut.

Guyss…Jom sertai misi Chicken Dance pada 09 September 2023 hingga 24 Septemper 2023 dan menang Hadiah Istimewa NewJeans!

30x pemenang akan dipilih secara mingguan dan menerima NewJeans Special Gift! Yeay! #McDonaldsxNewJeans #McDChickenDance

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari ke laman Facebook, Instagram dan TikTok mereka!

SKIP THIS AD ×