
Kalau tanya orang, antara benda paling buat kita rasa “eh dah dekat raya ni!” ialah suasana meriah dekat mall.
Lampu pelita, corak batik, muzik raya… semuanya bagi vibe yang buat kita terus rasa nak shopping baju baru atau plan outing dengan family.
Tahun ini, Sunway Malls tampil dengan kempen raya yang cukup istimewa “Seindah Corak Aidilfitri” satu sambutan yang diinspirasikan daripada keindahan tekstil tradisional Melayu seperti batik, songket, tenun dan tekat.
Bukan sekadar hiasan cantik untuk OOTD, tapi setiap elemen yang dipamerkan sebenarnya membawa cerita dan makna tentang budaya, tradisi serta kebersamaan yang menjadi inti sambutan Aidilfitri.
Raya lebih meriah dengan dekorasi berinspirasikan warisan melayu

Bayangkan masuk mall dan terus nampak hiasan raya tradisional yang penuh warna. Itulah pengalaman yang cuba dibawa oleh Sunway Malls melalui kempen ini.
Di Sunway Putra Mall, pengunjung akan disambut dengan hiasan ketupat gergasi, diinspirasikan daripada simbol perpaduan dan kesyukuran yang sering dikaitkan dengan Aidilfitri.
Ruang sekeliling pula dihiasi dengan struktur bazar kampung, fabrik berwarna-warni, pelita serta elemen kayu, menjadikan suasana terasa lebih hangat dan nostalgic.
Pendek kata, memang spot OOTD raya yang padu lah!
Setiap corak ada cerita, bukan sekadar hiasan

Apa yang buat ia lagi menarik adalah, setiap motif yang digunakan sebenarnya diinspirasikan daripada seni tekstil Melayu sebenar.
Sunway Malls bekerjasama dengan artisan batik dari Kelantan, Tipah Jusoh dan Darus Idris, yang sudah lebih 20 tahun menghasilkan batik tradisional.
Motif mereka kemudian diterjemahkan dalam dekorasi kempen ini supaya pengunjung bukan sekadar melihat corak, tetapi turut menghargai warisan seni tempatan.
Lebih cool lagi, ada juga pengalaman Augmented Reality (AR) di mana korang boleh scan motif tertentu dan terus lihat kisah serta simbolik di sebalik corak tersebut.
Kiranya macam belajar budaya sambil jalan-jalan raya. Seronok kan!
Setiap Sunway Malls ada tarikan yang berbeza
Kalau korang plan nak mall hopping raya tahun ni, memang best sebab setiap Sunway Mall ada konsep tersendiri.

Di Sunway Pyramid, suasana kampung dihidupkan dengan hiasan air terjun dan pameran tekstil warisan termasuk songket lama yang mencecah hampir seabad.

Sunway Velocity Mall pula tampil dengan hiasan batik setinggi 30 kaki yang berputar, lengkap dengan hiasan dan lampu raya yang penuh warna.

Menariknya, mall ini juga menjalankan aktiviti CSR bersama artis batik OKU pendengaran iaitu Lim Anuar dan pelajar pendidikan khas untuk menghasilkan karya seni bersama.

Bagi yang datang ke Sunway Big Box, suasana raya disuntik dengan konsep lebih playful menerusi dekorasi capybara bernama “Cappy Together”, simbol kepada kebersamaan keluarga.

Sementara itu di Sunway Giza, suasana komuniti turut diraikan bersama Village Grocer yang menyediakan pelbagai pilihan makanan berbuka, barangan sahur dan hadiah Raya untuk dikongsi bersama orang tersayang.
Di Sunway Carnival Mall pula, hiasan raya diinspirasikan daripada corak batik dengan konsep ruang berbentuk bulatan yang melambangkan kebersamaan, menjadikan suasana terasa lebih meriah dan harmoni untuk pengunjung berkumpul serta menikmati momen raya bersama.

Kalau korang berada di Sunway Wangsa Mall, dekor bertemakan batik tradisional hasil inspirasi artisan ‘Tipah Jusoh dan Darus Idris’ turut menghiasi ruang mall dengan sentuhan moden dan elemen kampung yang penuh nostalgia.

Sunway 163 Mall pula meraikan raya melalui pelbagai aktiviti seni dan komuniti, termasuk sesi seni bersama organisasi Fugee di mana kanak-kanak dan keluarga menghasilkan karya bertemakan motif raya dan batik yang kemudian dipamerkan kepada pengunjung.

Manakala di Sunway Kluang Mall, dekorasi raya direka untuk mewujudkan suasana yang lebih hangat dan nostalgik dengan corak serta warna festive yang menghiasi pelbagai sudut mall, sekali gus menjadikan ruang tersebut spot bergambar menarik sepanjang musim perayaan.

Akhir sekali Sunway Square akan memeriahkan suasana dengan persembahan tradisional pada hujung minggu sepanjang tempoh kempen.

Bukan dekorasi je, aktiviti pun banyak!

Selain dekorasi yang cantik, korang juga boleh menikmati pelbagai aktiviti sepanjang kempen ini seperti:
- Persembahan budaya dan tarian tradisional
- Bengkel kreatif bertemakan raya
- Bazar dan pilihan membeli-belah festive
- Ganjaran eksklusif melalui promosi Indahnya Redemptions
Semua pengalaman ini direka untuk menjadikan kunjungan ke Sunway Malls sebagai momen raya yang lebih bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan.
Raya lebih meriah bila diraikan bersama

Ha…kalau korang tengah plan nak cari baju raya, nak tengok dekorasi cantik, jalan-jalan dengan family atau sekadar nak feel suasana perayaan tahun ni?
Sunway Malls memang destinasi yang patut korang masuk dalam list.
Untuk info lanjut tentang kempen Seindah Corak Aidilfitri, aktiviti yang berlangsung dan ganjaran menarik, korang boleh layari laman web Sunway Malls atau melalui Sunway Super App.
Mana tahu, datang sekali… terus rasa mood raya tu lain macam.




![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)


