berita

Oppa Saya Kahwin Dengan Anti Fan? Guys, Ini List Drama Best Korang Boleh Layan Sepanjang PKP!

June 10th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Amacam PKP 3.0 kalini guys? Mesti korang dah tak tau nak buat apa kan dekat rumah tu. Alaaa jangan risau, korang masih boleh kekal tenang di rumah dengan mengisi masa lapang tu bersama keluarga sambil menonton drama favourite korang!

Paling best, kalau nak tengok drama yang menarik secara percuma boleh tengok dekat iQiyi je. Yang penting, ada sarikata Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan juga Bahasa Inggeris yang korang boleh pilih tau!

Tapi dah lost lah tengok cerita apa…Takpe, biar kami share antara list drama yang korang boleh tonton nanti!

K-Drama bergenre komedi & romantik

1. So I Married The Anti-Fan – Choi Sooyoung & Choi Tae Joon

Drama bergenre romantik komedi yang menampilkan pelakon hebat Choi SooYoung dari Girls’ Generation bersama Choi Tae Joon, mengisahkan tentang pertemuan wartawan TV biasa Geun-yeong dengan bintang K-Pop yang terkenal, Hujun. 

Kedua-duanya tidak rela bergabung dalam sebuah rancangan realiti, “So I Married an Anti-Fan”, kerana mereka adalah sepasang musuh yang tidak mengenali satu sama lain, sering salah faham dan akhirnya terjalin cinta antara mereka tanpa dijangka. 

Fuhhh, menarik kan? Jadi kalau korang nak tahu apa yang bakal terjadi seterusnya, boleh terus tonton di Tayangan Perdana secara EKSKLUSIF di iQiyi setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 5 petang. 

2. My Roommate is a Gumiho – Jang Ki Yong & Lee-Hye Ri

My Roommate is a Gumiho menjadi salah satu drama Korea romantis yang paling dinantikan saat ini kerana ia dibintangi oleh Jang Ki Yong & Lee-Hye Ri yang menunjukkan chemistry antara mereka berdua.

Drama ini mengisahkan tentang seorang mahasiswi yang tak sengaja menelan manik-manik gumiho tampan iaitu jelmaan rubah berekor sembilan. Manik itu boleh wujud di dalam manusia tidak lebih dari 1 tahun dan, selepas itu, manik itu akan pecah. 

Keduanya harus tinggal bersama hingga menemukan solusi untuk masalah mereka. Mereka bertengkar pada mulanya dan kemudian mula memahami dan berbaik antara satu sama lain.

Mesti korang tak sabar nak layan drama ni kan? Haa.. jangan lupa saksikan drama ini di Tayangan Perdana secara EKSKLUSIF di iQiyi pada setiap hari Rabu dan Khamis pada pukul 9.40 malam.

3. Monthly Magazine Home – Jung So Min & Kim Ju Suk

Haaa yang ini pula drama yang bakal ditayangkan dan sangat menyentuh hati. Dibintangi oleh Jung So Min dan Kim Ju Suk yang menceritakan tentang CEO dan editor majalah yang tinggal bersama dalam sebuah rumah.

Na Young-Won (Jung So Min) saat ini tinggal di rumah sewaanya. Namun begitu dia menjaga tempat tinggal tersebut seperti rumahnya sendiri. Katanya, rumah itu mencerminkan kepribadian dan emosinya.

Banyak hal berubah ketika pemilik baru rumahnya, Yoo Ja-Sung (Kim Ji-Suk), muncul di depannya. Dia kemudian menjadi tertarik untuk membeli rumahnya sendiri.

Drama ini bakal ditayangkan EKSKLUSIF di iQiyi pada 16 Jun 2021 pada setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 8 malam.

4. Voice 4 – Song Seung Hun & Lee Ha Na 

Kalau korang nak tahu, cerita ini mengisahkan tentang Interpol dan 112 anggota Pusat Pelaporan yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam kemalangan.

Cawangan Shengyun adalah salah satu yang mempunyai kadar jenayah tertinggi dan terendah yang dilaporkan di negara ini dimana mereka mengejar pembunuhan berantai yang membunuh keluarga mereka. 

Drama terbaru ini akan siap menemani korang 19 Jun nanti dan bakal ditayangkan di iQiyi pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 12 malam.

Drama melayu yang korang boleh layan!

1. Budak Tebing 2 – Aedy Ashraf, Adam Lee, Bella Dowanna & Eyka Farhana 

Siapa yang dah tengok drama Budak Tebing 1 sebelum ni? Best gila kan? Apetah lagi yang musim kedua ni guys! Memperkenalkan dua watak baru iaitu Amin dan Amnad. Mereka akan bekerjasama dengan Tongki dan Arif dalam pertempuran untuk membasmi sindiket pekerja anak.

Sementara itu, Yoyol masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa ayah mereka masih hidup dan telah kembali kepada mereka secara tidak sengaja. 

Ha… jangan lupa tau untuk saksikan drama akan datang ini secara PERCUMA & EKSKLUSIF di aplikasi iQiyi pada 18 Jun ini, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 10 malam!

2. Sabarlah Duhai Hati – Saharul Ridzwan & Amyra Rosli

Saharul Ridzwan tampil kembali menjadi hero dalam drama Sabarlah Duhai hati. Kalau korang terlepas nak tonton, korang boleh je ulang tengok drama best ni secara EKSKLUSIF dan percuma di aplikasi iQiyi.

Kisah antara cinta dan keluarga yang menampilkan Nur Syafira (Amyra Rosli) yang kehilangan kedua dua ibu bapanya. Beliau bertanggungjawab untuk menjaga adik kecilnya, Danish.

Nur Syafira menanggung kehilangan orang tersayang dan berjuang dengan fasa kehidupan barunya, Fira terkejut dengan lamaran Affan (Saharul Ridzwan) yang tiba-tiba, seorang lelaki yang hampir tidak dikenalinya.

C-Drama pun ada jugak tau!

1. Moonlight – Esther Yu & Ryan Ding

Setelah lulus dari universiti, dengan minat dalam bidang penerbitan, Chu Li berjaya memasuki syarikat impiannya, Yuan Yue Publishing House. Namun, jalan yang mencabar berada di hadapannya.

Dia terkejut ketika mengetahui bahawa industri penerbitan pada waktu ini telah mengalami perubahan besar. Dengan keikhlasan dan profesionalisme, dia mendapat penghormatan dari pengarang terkenal dan menjadi editor eksklusif mereka.

Chu Li mengatasi rintangan dalam kariernya dan akhirnya menjadi editor yang mampan. Pengarang terkenal Zhou Chuan dikatakan lemah lembut walhal sebenarnya tidak.

Kedua-duanya sentiasa berselisih tetapi Zhou Chuan kemudian mengetahui bahawa Chu Li adalah rakan dalam taliannya, Monkey Lord. Mesti korang tertunggu tunggu nak tengok kesudahan seterusnya kan? 

Ha… macam biasa, korang boleh tonton drama ini secara EKSKLUSIF, setiap hari Khamis hingga Ahad pada pukul 8 malam.

2. My Dear Guardian – Johnny Huang & Li Qin 

Drama romantik dalam bidang ketenteraan ni pun macam best jugak! Ia mengisahkan tentang Xia Chu yang merupakan pakar bedah yang mempunyai pengalaman dan membolehkannya tetap tenang dalam menghadapi situasi sukar antara hidup dan mati.

Liang Muze adalah pegawai tentera khas yang telah bertempur di banyak medan perang. Dia telah menutup hatinya kerana kenangan yang menyakitkan dari masa lalu. Adakah ia diselamatkan dari penyamun atau terus melihat orang lain di bawah satu bumbung? 

Saksikan Tayangan Perdana EKSKLUSIF di iQiyi pada setiap hari Selasa hingga Khamis pada pukul 8 malam.

3. Lover Or Stranger – Victoria Song & Oho Ou

Kisah bergenre romantik ini mungkin akan menjadi favourite korang nanti. Dibintangi oleh Victoria Song dan Oho Ou. Katanya setelah kehilangan ingatan, pemain biola Luo Qian Yi dan tunangnya Huo You Ze mengalami kesukaran dan mengejar cinta sejati. 

Yang menariknya cerita ni disebabkan penampilan Victoria Song yang bukan saja memegang watak utama wanita, malah dia melakonkan 2 watak dalam masa yang sama. 

Jadi, nak tau lebih lanjut tentang kisah mereka, jangan lupa untuk saksikan drama akan datang ini di iQiyi ya!

4. The Day of Becoming You – Steven Zhang & Liang Jie

Drama terbaru yang dibintangi oleh Liang Jie dan Steven Zhang yang hadir dengan genre komedi dan fantasi.

Jiang Yi adalah bintang besar dalam industri hiburan. Dia adalah leader dari boy band yang popular. Akan tetapi, dia tidak pandai mengekspresikan dirinya sejak ibu bapanya bercerai ketika dia masih muda.

Sementara itu, Yu Sheng Sheng (Liang Jie) sangat passionate dengan pekerjaannya sebagai wartawan berita hiburan. Hidup keduanya berubah ketika terjadi sebuah takdir yang tidak mereka inginkan.

Jangan lupa tau untuk tonton sebanyak 26 episod drama akan datang pada 17 Jun ini secara EKSKLUSIF di iQiyi

Jom tonton semua drama menarik ini di iQiyi!

Buat semua peminat drama, korang jangan lupa tau untuk saksikan semua list drama yang kami share tadi di iQiyi.

Kebanyakan drama tu semua boleh tonton secara percuma je! Selain itu, kalau korang jadi ahli VIP iQiyi, korang akan dapat Advance Privilege seperti langganan bulan pertama dengan hanya RM1.90 je. 

Korang juga dapat menonton drama-drama yang eksklusif dan dapat extra akses ke episod-episod tu dulu! Paling best, korang juga boleh skip iklan yang ada. Tak payah dah tunggu lama lama untuk tengok iklan kan?

Bukan tu saja, semua drama dan filem di iQiyi boleh ditonton dengan ‘Full HD’ (Blu-ray 1080P) dan juga kandungan terpilih dengan fungsi ‘Dolby Atmos’ yang menjanjikan kesan bunyi yang lebih hebat!

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang iQiyi, korang boleh layari laman web iQiyi sekarang. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×