berita

Kes Warga AS Mati Dipanah, Lihat Taktik Wanita Ini ‘Tackle’ Orang Asli Andaman Sampai Jadi Kawan 27 Tahun Lalu

December 13th, 2018 | by faris
Kini Trending

November lalu, warga Amerika Syarikat, John Allen Chau ditemui mati dan ditanam di sebuah pulau di Lautan India, Rabu lalu. John dipercayai maut dibunuh puak orang asli Pulau North Sentinel sebelum mayatnya di tanam di tepi pantai.

Rupanya, puak Sentinel berkenaan pernah didatangi seorang penyelidik Madhumala Chattopadhyay yang bertujuan menghubungi penduduk di situ dan mendedahkan bagaimana cara hidup mereka yang dikatakan bahaya dan agresif itu.

Puak Sentinel paling bahaya

Madhumala yang mengetuai ekspedisi pada tahun 1991 itu dalama satu temubual media mengatakan pertemuannya dengan orang asli berkenaan sesuatu yang tidak dijangkakan.

Tidak pernah sepanjang 6 tahun penyelidikan saya dengan penghuni Andaman ini saya diganggu oleh mereka. Mereka mungkin nampak kuno dari segi teknologi, tapi secara sosialnya mereka jauh meninggalkan kita.

Penduduk sekitar Pulau Andaman ini merangkumi puak-puak seperti Onge, Sompen dan Jarawa. Meskipun mereka dikatakan berkait antara satu sama lain, namun interaksi mereka dengan dunia luar nyata berbeza. Puak Jarawa dikatakan paling bertamadun antara semua manakala puak Sentinel dianggap paling bahaya dan terpencil.

Kematian John Allen baru-baru ini ketika cuba memasuki pulau tempat tinggal puak Sentinel membuktikan puak itu serius menghalang orang luar.

Guna kelapa dekati orang asli

Madhumala yang melanjutkan pengajian dalam bidang antropologi menganggap bidang itu adalah ‘pasport’ untuknya mendekati puak Onge. Rahsia kejayaannya mendekati golongan ini adalah kelapa. Ketika botnya menghampiri kawasan puak Sentinel, pasukannya melontar kelapa ke pantai.

Madhumala turut berbuat demikian sehinggalah dia berjaya betul-betul berhubung dengan puak itu. Dipercayai, interaksi itu adalah paling berjaya kerana kehadiran seorang wanita. Madhumala kemudiannya melawat puak itu kembali di lain masa dan penghuni pulau itu menaiki bot untuk mengambil kelapa sendiri.

Menari sambut kedatangan

Penyelidik itu sekali lagi melawat Jarawa dalam satu ekspedisi berbeza. Untuk mengelakkan puak asli takut, Madhumala pada mulanya hanya duduk di bot. Namun, apabila salah seorang wanita Jarawa perasan kehadirannya, dia terus menjerit ‘Milale chera’ bermaksud ‘Kawan, datang sini’.

Mereka turut menari untuk menunjukkan kegembiraan melihat kedatangan Madhumala. Selepas mendekatinya, wanita asli berkenaan membelek-belek rambut dan kulit penyelidik itu. Madhumala kemudiannya bergurau senda dengan wanita puak asli berkenaan membuatkan wanita itu terhibur.

Dijemput masuk pondok

Orang asli Jarawa adalah puak paling mesra antara semua, membuatkan Madhumala diterima dan memberi kepercayaan untuk mendukung bayi mereka selain membuat kerja-kerja rumah. Pakar antroplogi itu adalah satu-satunya orang luar yang dijemput ke dalam pondok puak itu selain berkongsi makanan. Madhumala turut berperanan menjadi doktor dan merawat ketika khidmatnya diperlukan.

Sumber: Boredpanda

The following two tabs change content below.