berita

Orang Bangladesh Pun Dah Tak Selamat, Polis Tembak Dua Penjenayah Dalang Culik Warga Asing

February 12th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Jenayah membawa padah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan 2 penculik di Cheras, dalam kejadian 1.35 pagi tadi.

Kedua-dua mereka ditembak mati pihak polis kejadian berbalas tembakan di rumah di Taman Mundun, Batu 9, Cheras.

Warga Bangladesh diselamatkan

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyelamatkan warga Bangladesh setelah menerima laporan mengenainya.

Ketika serbuan berlaku insiden tembak-menembak antara pihak polis dan suspek. Bagaimanapun, polis berjaya menembak mati dua lelaki dipercayai warga asing.

Pemeriksaan ke atas dua suspek itu tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri. Polis turut menemui pistol 9mm dan parang yang digunakan suspek.

Diculik 8 Februari

Menurut Ahmad Dzaffir lagi, mangsa diculik pada 8 Februari lalu dalam satu kejadian di Sentul, Kuala Lumpur.

Polis percaya dua lelaki berkenaan yang menganggotai kumpulan culik warga asing aktif menculik warga asing di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Salah seorang suspek yang ditembak mati dipercayai dalang utama kumpulan terbabit. Polis kini dalam proses mengenal pasti identiti kedua-dua suspek.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.