berita

Orang Chubby Pun Boleh Berfesyen Kalau Cuba 4 Tips Ni

February 13th, 2019 | by Farah Adibah
Kini Trendy

gemuk, chubby

Selalu cakap pasal orang kurus je kan? Jarang kita nampak tips kat luar sana share pasal macam mana orang chubby nak bergaya. Sis Katy pun berada dalam dilema macam korang jugak.

Dilema nak beli baju macam mana untuk sorok lemak lebihan kita ni. Disebabkan masalah kita alami ni sama, sis nak share dengan korang 4 cara untuk sorok lemak lebihan kita ni.

1. Pandai pilih pattern bajustripes, design untuk nampak kurus

Korang tahu tak pattern apa paling selamat untuk badan chubby macam kita ni? Pattern stripes! Tapi kena stripes yang menegak takleh yang melintang. Stripes menegak ni akan tampak you girls lebih kurus dan tinggi sikit.

Kalau tak suka stripes, korang boleh gayakan dengan bunga-bunga kecil. Kalau bunga besar bagi efek badan korang lagi kembang tau girls. Bila pandai pilih pattern barulah ngam!

2. Pilihan kasut yang comelfashion valet, kasut comel, selipar

Mesti korang tertanya apa kena mengena kasut yang comel dengan nak nampak kurus kan? Sebenarnya ada kena mengena dua perkara ni. Bila korang pakai kasut yang comel, takdalah orang fokus dekat badan kita kan? Sebab kasut tu lagi comel dari kita yang chubby ni! Hehe

Cubalah padankan ootd korang dengan kasut putih atau biru yang ada nenas tu. Mesti korang akan dengar orang cakap “I love your shoe!“. Macam tulah cara dari orang nak nampak badan kita ni comel.

3. Baju kembang lagi kembang badan kita!lengan ruffle, tips baju untuk orang gemuk, fashion valet

Elakkan atau kurangkan memakai baju yang kembang di bawah tau girls! contohnya macam peplum. Sebabnya kalau ketinggian kita ni pendek, baju kembang akan nampak kan kita lagi pendek. Tak best kan bila nak amek gamba nanti nampak gemuk dan pendek?

Jadi Elakkan baju yang kembang ye girls. Kalau nak lengan kembang atau ropol-ropol macam ni takpa. Hehe

4.  Elakkan skirt atau seluar terlalu kembangseluar patches, seluar comel, fashion valet, FV Basics

Konsepnya sama macam point sis Katy nombor 3 tadi. Kalau korang nak tahu, orang chubby ni sesuai pakai seluar secomel tuan badannya. Barulah extra CUTE! Gituuuu. Jadi padankan dengan seluar patches yang comel ni. Ngam kan?

Tapi misalnya kalau korang chubby dan tinggi, sesuai je nak pakai skirt atau seluar yang kembang. Sebabnya lagilah nampak efek tinggi dan kurus sikit bila nak ootd kan? Hehe.

fashion valetChubby atau kurus bukan cara kita nak mengukur kecantikkan seseorang. Bagi sis Katy semua orang unik dengan cara tersendiri. Yang penting korang kena konfiden.

Jangan sentiasa pakai warna gelap. Keluar dari comfort zone korang. Nanti mesti korang akan nampak diri korang cantik!

Apepun jangan lupa follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang terkini.

 

 

The following two tabs change content below.