berita

Orang Jual Nasi Lemak, Dia Nak ‘Noty’ Pulak…

April 21st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sesetengah individu melakukan perniagaan dari rumah untuk menampung perbelanjaan isi rumah. Antara perniagaan atas talian yang  boleh popular setakat ini ialah makanan. Pelbagai menu unik dan menarik yang boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan.

Namun, ada yang mengambil kesempatan terhadap individu yang mencari rezeki halal. Menerusi perkongsian Salihin Jamil, tunangnya yang meniaga secara atas talian dikatakan terkena gangguan seksual oleh beberapa individu yang menyamar sebagai pelanggan.

Rupanya ajak geli-geli

Harini tunang nak tolong promote bisnes dekat telegram, dapat pelanggan first, dah excited bagi details, rupanya nak ajak geli geli je. Boleh tak ada empati sikit untuk orang yang tengah ikhlas nak meniaga? Kesian tunang aku.

Menurut Salihin, tunangnya mempromosikan perniagaan nasi lemak menggunakan aplikasi Telegam. Pada mulanya, mangsa seronok apabila menerima pelanggan pertama melalui aplikasi tersebut. Namun tidak sangka pelanggan tersebut menghantar mesej tidak senonoh.

Semua perangai sama

Customer dia dari telegram semua horny belaka. Korang memang anak bab*.

Tambahnya lagi, bukan seorang sahaja pelanggan yang berperangai sedemikian, malah terdapat beberapa lagi individu yang turut mengambil kesempatan terhadap tunangnya. Baginya, rata-rata pelanggan yang diterima melalui aplikasi tersebut berperangai sama.

Sumber: Salihin Jamil

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×