berita

‘Orang Kalau Dah Kacak, Buat Fesyen Mana Pun Tetap Kacak’ – Netizen Puji Penampilan Baharu Zaquan Adha

April 12th, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pemain bola sepak, Zaquan Adha berkongsi sebuah video di Instagram yang merakamkan momen rambut panjangnya telah dipotong. Tampil lebih kemas seperti zaman dahulu, penampilan suami kepada pelakon, Ayu Raudhah ini berjaya mencuri perhatian para peminatnya.

Berakhirlah sudah kisah rambut panjang

Berakhirlah sudah kisah rambut panjang. New look. New chapter.

Menerusi video yang dikongsikan, Ayu Raudhah kelihatan menemani suaminya semasa menggunting rambut. Menurut Zaquan, zaman berambut panjang sudah berakhir bagi dirinya dan dia akan memulakan fasa baharu beserta penampilan yang baru. Rata-rata peminat dan netizen yang melihat posting tersebut meluahkan rasa gembira kerana bintang bola sepak kegemaran mereka kembali berambut pendek seperti dahulu kala.

Fesyen rambut macam mana pun tetap kacak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaquan Adha (@zaqone_08)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan pandangan mereka mengenai fesyen rambut Zaquan yang terbaru. Menurut peminat, mereka lebih suka melihat Zaquan berambut pendek seperti kini daripada berambut panjang.

Sumber: Zaquan Adha

SKIP THIS AD ×