berita

Orang Kampung Bakar Tempat Mengaji Selepas Anak Dakwa Dicabul Ustaz

April 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: News.Detik

Di Garut, Indonesia, seorang guru yang mengajar mengaji didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang murid. Susulan daripada kejadian tidak bermoral itu, warga setempat mengambil keputusan untuk membakar tempat mengaji itu.

Geram dengan tindakan ustaz

Foto: News.Detik

Menerui laporan yang dipetik daripada News.Detik, kejadian pembakaran tersebut berlaku pada Isnin yang lalu di Kampug Cipicung, Desa Dangjang, Kecamatan Cilawu. Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis, Muslih Hidayat, kejadian itu dilakukan oleh warga setempat secara tidak sengaja kerana begitu marah dengan tindakan ustaz tersebut.

Warga setempat kesal dengan tindakan ustaz yang didakwa melakukan keganasan seksual terhadap seorang murid.

Jelas Muslih lagi, berdasarkan siasatan yang dibuat ibu bapa kepada mangsa mendakwa anaknya telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang ustaz.

Sebenarnya, penduduk di sini dah lama curiga dengan ustaz itu.

Kini, pihak polis masih menyiasat kejadian itu dan mangsa juga telah disoal siasat. Manakala, individu yang bertanggungjawab membuat kebakaran tersebut masih dicari.

Video penuh

https://www.youtube.com/watch?v=R5nqal6jJnA

Sumber: News.Detik

SKIP THIS AD ×