berita

Orang Kampung Dedah Remaja Curi Duit Tabung Masjid Sebenarnya Banyak Kes Jenayah, ‘Rembat’ Motor & Pisang Nak Beli Dadah

January 14th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki dimandikan seperti ‘jenazah’ kerana cuba mencuri tabung masjid. Susulan daripada itu, Mahkamah Majistret Selayang, Kuala Lumpur telah memerintah agar lelaki berkenaan menjalani hukuman penjara selama 10 hari dan didenda RM4,000.

Artikel berkaitan : Lelaki Dalam Video Viral ‘Dimandikan’ Dipenjara 10 Hari, Dakwa Mencuri Nak Beli Ubat Atuk

Artikel berkaitan : PU Syed Bangkang Tindakan Jemaah Mandikan Pencuri Seperti Jenazah – ‘Risau Nampak Macam Islam Membenarkan Berbuat Zalim’

Artikel berkaitan : [VIDEO] Kantoi Pecah Tabung Masjid, Jemaah Mandikan Pencuri Seperti Jenazah?

Bukan nak beli ubat kencing manis untuk datuk

Di Facebook, seorang warganet dikenali sebagai Tik Masak mendakwa bahawa remaja lelaki itu sebenarnya bukan ingin membeli ubat untuk datuknya yang dikatakan menghidap penyakit kencing manis.

Ujar individu berkenaan lagi, remaja yang dikenali sebagai Daniel itu tidak dipukul ketika ahli jawatan kuasa masjid menangkapnya, namun hanya diberikan pengajaran dengan memandikannya dengan cara mandikan jenazah.

Imam tu orang lama Kuang. Bapa kepada kawan aku. Budak tu penagih syabu. Masa curi tabung masjid tu ada lebih kurang Rm3,600 dalam tu. AJK dapat tangkap budak tu sikit pun tak kena belasah.

Tapi imam bagi pengajaran dengan cara mandi jenazah. Nasib imam tak tanam dia terus. Kalau aku, aku kafankan tanam terus.

Lelaki berkenaan juga mendakwa bahawa remaja terbabit pernah cuba untuk mengacukan parang ke arah datuknya kerana tidak dapat membeli dadah jenis syabu.

Korang dengar cerita kesian wayang dia dengan peguam dia yang entah betul tak tu terus kesian. Lepas ni kalau ada pencuri nak rompak rumah korang, korang bagi je kereta, harta korang ya. Tak payah lah nak report polis.

Sedangkan atuk dia yang dia asyik cakap nak tolong beli ubat kencing manis tu pun dia nak parangkan sebab tak dapat beli syabu.

Masjid Al Islahiah tu dah terang-terang ada foodbank. Kita pun ada YB Salleh kalau nak minta bantuan apa hal nak curi tabung masjid?

Curi motosikal sebelum curi tabung masjid

Dalam pada itu, di Twitter terdapat seorang netizen mendakwa remaja berkenaan bukan sahaja mencuri tabung masjid malah dia juga turut mencuri motosikal milik kawannya.

Budak ni bukan setakat curi tabung masjid. Sebelum curi tabung masjid, dia curi motor kawan aku. Lepas tu dia pergi bawa motor tu curi tabung kat masjid. Bukan satu tapi lima masjid dia curi.

Dakwanya lagi, remaja terbabit turut mencuri buah pisang serta barang-barang rumah milik orang kampung.

Belum termasuk dengan laporan dia curi buah pisang dan barang-barang kat rumah orang kampung. Korang rasa kena mandi dengan kapur barus tu dah cukup kejam ke? Kalau aku yang dapat tangkap dia malam tu, aku rasa mesti pecah muka dia.

Polis nafi dakwaan curi sebab beli ubat

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, pihak polis telah menafikan dakwaan yang mengatakan remaja berkenaan mencuri untuk membeli ubat datuknya, namun sebenarnya dia ingin membeli dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, remaja berusia 19 tahun itu mengaku terjebak dengan dadah sejak setahun yang lalu serta bermain judi dalam talian.

Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.

Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu.

Sumber : Facebook, Twitter, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×