berita

‘Orang Luar Tidak Tahu Apa Yang Saya Lalui’- Aqasha Akhirnya Buka Mulut Tentang Status Rumahtangga

May 17th, 2017 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Tak lama dahulu rumah tangga pelakon dan penyanyi kacak, Aqasha dikatakan bergolak disebabkan gosip mengatakan dia bersama dengan seorang ibu tunggal, juga seorang pelakon. Isu jadi tanda tanya orang ramai dan akhirnya Aqasha buka mulut tentang situasi rumahtangga yang dibina selama 7 tahun.

Hubungan dengan isteri masih baik

Menurut laporan Berita Harian, Aqasha menegaskan bahawa perkahwinannya bersama isteri, Noor Baizura Mohd Sabri masih utuh. Sekaligus menafikan dakwaan ramai pihak kononnya rumahtangga mereka bergolak seperti yang tersebar di lama sosial media bari-baru ni.

Hubungan saya dan isteri baik-baik saja dan kami tidak pun terjejas dengan cakap orang di luar sana. Sebagai seorang lelaki Islam, saya tahu tanggungjawab saya. Orang luar tidak tahu apa yang saya lalui.

Terpulang untuk orang ramai yang menilai

Aqasha juga berkata terpulang lah pada orang yang menilai, katanya mengulas tentang paparan skrin yang dimuat naik oleh isterinya mengenai perbulan pelakon itu dengan aktres terkenal itu.

Saya tidak kisah orang nak cakap apa sekalipun kerana hanya saya yang tahu. Hubungan kami profesional dan saya tiada masalah untuk berlakon bersamanya jika ada tawaran pada masa akan datang.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×