berita

Orang Malaysia & Orang Singapura Selalu Berdebat Pasal 5 Perkara Ni! Korang Pernah Terlibat?

November 22nd, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Sama tapi tak serupa. Kalau cakap pasal Singapura dan Malaysia mesti orang akan gambarkan sebegini. Susah untuk kita teka sama ada seseorang tu orang Malaysia atau orang Singapura kalau terjumpa kat luar kan? Tapi, bila duduk berjiran ni, baik macam mana pun mesti ada je benda yang tak kena.

Tak kisah lah pasal apa tapi mesti ada je isu. Di media sosial admin tengok, sikit-sikit viral pasal orang Malaysia-Singapura berdebat. Berdebat pasal apa? Ha ini yang kita nak listkan benda-benda yang orang Malaysia dan Singapura selalu sangat berdebat. Korang pernah tak bergaduh dengan diorang pasal benda ni?

Makanan Malaysia ke Singapura yang lagi best?

Admin rasa topik ni memang mana-mana negara pun selalu berdebat. Bukan Malaysia-Singapura je. Paling selalu orang ungkit mesti pasal sup tulang diorang warna merah.

Ha, janganlah judge makanan tu dari luaran! Sedap je admin rasa sup tu. Cuma warna merah tu nampak menakutkan lah sikit. Lagi-lagi untuk orang first time makan. Malaysia pun ada je makanan yang orang takut nak try. Contohnya macam sup torpedo!

Bahasa orang Singapura ni nak sama dengan bahasa kita ek?

Kalau dah nama berjiran, mestilah ada sedikit sebanyak lenggok yang sama kan? Contohnya macam ayat ‘Ek’, ‘Seh’, ‘Sia’ dekat hujung ayat. Baik Singapura atau Malaysia, sama je. Tapi bagus lah kalau bahasa kita digunakan secara meluas. Mungkin nanti 5 tahun lagi ke mana tahu satu dunia guna slang yang sama. Bangga kot!

Asyik lah nak tunjuk dia je yang power dan hebat..

Macam-macam perumpamaan mengenai orang Singapura ni.. Nak dia je yang A lah, berlagak lah apa lah. Ish ish,,jangan lah main pukul rata dekat semua orang. Mungkin hanya sesetengah je yang begitu, korang tak boleh lah anggap satu negara sama. Setiap manusia kan lain-lain perangai?

Orang Malaysia pun apa kurangnyakan? Ada sesetengah tu dekat ruangan komen Facebook tu amboi bukan main lagi. Semua kalau boleh cara dia je yang betul. Lagi-lagi kalau ada isu apa-apa.. terus je komen macam-macam.

Dah tu, orang pandang negara kita tak tahu pulak macam mana kan?

Jem je memanjang!

Sama je macam dekat Malaysia. Sebenarnya, dimana-mana pun jem guys. Kalau korang tengok dekat Johor-Singapore Causeway/Tambak Johor tu jem dia ya ampun… Pukul berapa korang nak sampai Singapura, pukul berapa nak kene keluar rumah pun tak tahu. Jem gila!

“Singapura power kot, ada USS!” “Eh, Malaysia laaagi best! Ada JPO, GPO, MPO tau!”

Asyik-asyik nak bandingkan negara mana lagi best. Singapura ada itu ini, Malaysia ada itu ini lah. Sampai ke sudah tak habis kalau nak senaraikan apa yang negara kita ada dan apa yang tak ada. Kan lagi bagus kalau kita relax dan enjoy je semua ni. Orang Singapura kalau nak rasa shopping dengan harga yang murah, datang lah Malaysia.

Dan untuk orang Malaysia pula, kalau nak merasai theme park yang bertaraf dunia, ha pergi la Singapura. Kira bagus lah tau Singapura dan Malaysia ni sebelah je. Kalau tak? Lagi lah tak merasa apa-apa!

Memang tak jauh beza Malaysia-Singapura ni. Tak payah susah-susah berdebat, yang penting kita hidup harmoni!

Betul tu, buat apa susah-susah bergaduh? Kalau ada yang saje nak cari pasal korang buat bodoh je. Biasanya taktik tu lagi berjaya buat orang sakit hati. Baik orang Malaysia atau orang Singapura.

Yang bestnya tu, bila ada apa-apa terjadi macam negara luar kutuk Singapura, orang Malaysia pun backup! Bila ada orang Malaysia bertanding di peringkat dunia, orang Singapura pun sama kasi tanda sokongan. Jadi memang betul lah kita ni serumpun!

Apa kerjasama Malaysia-Singapura yang terbaru? Dengar cerita ada kes untuk diselesaikan?

Memang ada kes untuk diselesaikan. Kes hakim warganegara Singapura yang menghilang dan dijumpai mati dan juga kes penyeludupan pendatang asing ke Malaysia.

Dalam drama lah guys! Drama terbaru dari Viu iaitu ‘The Bridge’ ini akan menampilkan pelakon dari Malaysia dan Singapura tau!

Diadaptasikan dari drama Scandinavian, drama ni dah diremake banyak kali termasuk la versi British-French. Ada jugak versi Russia dan America! Dan ini merupakan satu-satunya The Bridge versi Asia!

Gabungan Detektif Megat dari Malaysia dan Detektif Serena dari Singapura! Fuh, mantap!

Bukan senang nak tengok detektif Malaysia dan Singapura bergabung untuk selesaikan kes. Detektif Megat ni akan dilakonkan oleh Bront Palarae tau! Mesti segak bergaya lah. Watak tu sure hidup punya!

Cerita best macam ni mestilah kena ada bunga untuk menyerikan lagi kan? Bunga dalam cerita ni ialah Rebecca Lim sebagai Detektif Serena Teo!

Ha, kalau korang suka tengok cerita Ghost di NTV7 atau pun rancangan Muzik-Muzik di TV3 mesti korang excited bila dapat tahu Cheryl Samad akan berlakon dalam cerita ni! Selepas 10 tahun menyepi, Cheryl kembali untuk berlakon dan yang penting, lakonannya masih lagi mantap!

Ketiga-tiga pelakon ni hebat tau! Rugi kalau korang tak tengok cerita ni. Sedikit sebanyak mengenai cerita ni. bermula dengan  kes dimana hakim yang dilaporkan hilang dijumpai mati dan juga kes penyeludupan ke Malaysia yang semua orang tak tahu dimana pucuk pangkalnya.

Ketaksamaan undang-undang itu wujud!!

Pembunuh tu  dia akan buat beberapa kes yang akan menimbulkan kacau bilau diantara kedua-dua negara! Katanya pembunuhan yang akan dilakukan tu semua nya merupakan isu-isu yang dipandang enteng oleh masyarakat tapi sebenarnya memberikan impak yang cukup besar!

Haa gitu. Pejuang keamananan kah? So,apa yang pembunuh tu buat, betul ke salah? Korang rasa?

So apa kata korang join Detektif-Detektif ni buat kerja. Mana tahu, yang korang teka tu memang betul pembunuhnya? Mesti korang rasa korang power dan puas hati!

Korang boleh saksikan drama bersiri The Bridge ini di NTV7 pada pukul 10 malam dan di Viu pada pukul 11 malam mulai 26 November 2018 ni! Rancangan ini akan disiarkan pada hari Isnin dan juga Selasa so korang set awal-awal tau!

Maklumat lanjut korang boleh klik di sini!

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×