berita

Orang Malaysia Tak Tahu Cara Sebenar Makan Sushi

October 18th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebut saja sushi pasti korang teringat negara Jepun kan? Maklumlah sushi merupakan makanan tradisional negara tersebut namun ianya digemari oleh ramai orang di seluruh dunia. Diperbuat daripada nasi bercuka dan diletakkan inti campuran seperti ikan salmon, telur dan makanan laut, makanan ini boleh dimakan secara mentah mahupun diperam.

Menerusi Twitter Niki Lauda, lelaki ini berkongsi pelbagai fakta menarik mengenai cara pemakanan yang betul ketika korang makan sushi. Jom baca!

How to eat sushi in the right way

Hanya wasabi dan kicap

Cara nak cut rasa wasabi

Kenali jenis-jenis sushi

Di samping tips yang diberikan, korang perlu mengenali jenis-jenis sushi kerana setiap jenis sushi itu ada cara tertentu untuk makan. Antara sushi yang korang patut kenali ialah sashimi, nigiri, maki, temaki dan uramaki. Cara untuk makan sashimi, korang perlu menggunakan chopsticks. Sapukan sedikit wasabi atas sashimi kemudian cicahkannya bersama kicap.

Nigiri pula sejenis nasi cuka bersama ikan atau daging mentah di atasnya. Cara memakannya menggunakan tangan dan bahagian ikan atau daging mentah dicicah dengan kicap. Jangan pula korang cicah di bahagian nasi. Ingat, bukan tenggelamkan sushi itu dengan kicap. Hanya bahagian atasnya sahaja dicicah. Manakala untuk sushi gulung pula, anda boleh memakannya dengan menggunakan tangan atau chopsticks. Cicah sushi pada kedudukan menegak untuk elakkan sushi tenggelam denga rasa masin kicap.

Sumber: Niki Lauda 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×