

Umum tahu, bermula 4 Ogos tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Perseketuan Labuan telah beralih ke Fasa 3 kawalan pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Antara kelonggaran yang diberikan adalah dibenarkan makan di restoran terhad kepada dua orang satu meja.
Salam dine-in dari Perlis


Susulan itu, laman Twitter dipenuhi dengan ciapan (tweet) daripada penduduk Perlis yang berkongsi foto momen gembira apabila dapat ‘dine in’ di kedai kesukaan masing-masing.
Jom pindah Perlis




Perkongsian itu semestinya telah merobek hati rakyat dari negeri lain terutama Selangor dan Kuala Lumpur yang masih mencatat kes harian Covid-19 tertinggi.
Hasil pemerhatian OHBULAN!, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu kerana masih perlu akur untuk kekal berada di rumah.
Malah, ada juga segelintir yang meluahkan niat untuk berpindah ke negeri terkecil di Malaysia itu.
Pada 2 Ogos lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan keputusan itu selepas penelitian perkembangan semasa PPN yang dibentangkan Menteri Penyelaras PPN, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Sumber: Twitter IzzRaifHarz, Mastural, Dayahyunuss, Syormon, Anssarous, AinRhmn








![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)