berita

Orang Selalu Cakap Muka Sama, Haqiem Rusli Buat Surprise ‘Video Call’ Hanis Zalikha Untuk Isteri

December 7th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Umum tahu, penyanyi terkenal Haqiem Rusli sudah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu Wan Anis Sofea Wan Zamzuri pada 19 November lalu dengan dua kali lafaz di Masjid Raaj Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Haqiem Rusli Tiba-Tiba Sebak, Menangis Masa Perform Di Majlis Kahwin

Artikel berkaitan : ‘Hitam Saksi Putih’, Haqiem Rusli Cipta Lagu Khas Buat Isteri Tersayang

Artikel berkaitan : ‘Saya Bukan Buat Benda Salah’ – Haqiem Rusly Respon Isu Nikah Gadis 19 Tahun

Wajah ayu Sofea sering menjadi perbualan ramai selepas video yang dikatakan mirip seperti isteri pelakon terkenal iaitu Hairul Azreen tular di media sosial.

Dapat video call dengan selebriti kegemaran

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sofea di Instagram, memaparkan momen yang tidak boleh dilupakan dirinya apabila Haqiem membuat kejutan dengan menghubungi Hanis Zalikha menerusi satu panggilan video.

Hari ini saya nak buat kejutan untuk Sofea sebab dia sangat meminati keluarga Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Jadi saya dah call abang Hairul. Kita plan nak video call dan Sofea ni kali pertama lah borak dengan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Saya tak sabar nak tengok reaksi Sofea macam mana. Dia sangat suka Hanis Zalikha. Jadi inilah dia momen itu.

Di dalam video berkenaan, kelihatan Sofea seperti hilang-kata-kata apabila membuka matanya dan melihat Hairul Azreen serta Hanis Zalikha berada dalam panggilan video berkenaan. Isteri kepada penyanyi terkenal itu seperti tidak percaya dan hampir menangis ketika dapat panggilan berkenaan.

Dalam pada itu, Haqiem dan Sofea sempat menjemput selebriti kegemarannya itu untuk singgah ke kedai makan mereka.

Kejutan daripada my sayang. Gembira tak terkata dapat video call dengan my favourites kak Hanis Zalikha dan abang Hairul Azreen.

Nak nangis tapi cover sebab malu dengan kak Hanis.

Video kejutan :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@sofeaaaaz)

Sumber : sofeaaaaz

SKIP THIS AD ×