berita

Orang Selangor Patut Try Makan Kat Nasi Ayam Hailam Yang Baru Bukak Kat PJ Ni. Sure Meleleh!

February 1st, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

ambil gambar makanan

Hari ni kita makan nasi ayam, onz tak?

Mestila onz! Bila member ajak, terus terbayang aroma nasi ayam tu. Lebih-lebih lagi, Nasi Ayam Hainan. Fuh, sedapnya. Memang jadi kegemaran ramai. Tapi kedai mana yang jual Nasi Ayam Hainan yang asli ek?

Korang yang duduk Selangor, tahu tak yang ada kedai nasi ayam baru bukak kat area  Petaling Jaya? Serious  sedap. Admin pun baru je pergi. Kalau dengar ni, confirm  korang tak sabar nak try punya la.

Nasi Ayam Hailam buka cawangan baru! Kat mana ni?

pengasas Nasi Ayam Hailam merasmikan cawangan baru di PJ New Town

Peminat nasi ayam mesti dah biasa dengar nama restoran ni kan? Kalau nak tahu, kali ni restoran Nasi Ayam Hailam bukak cawangan baru kat PJ New Town. Orang PJ mesti suka dengar ni. Yay!

restoran Nasi Ayam Hailam di PJ New Town

Suasana restoran Nasi Ayam Hailam yang baru ni nampak lebih moden. Korang nak makan dengan family pun selesa. Lagi satu, pekerja mereka sangat friendly. Tu yang best!

Dah beroperasi lebih 30 tahun, legend wei!

restoran Nasi Ayam Hailam di PJ New Town

Bila kami dapat tahu yang restoran Nasi Ayam Hailam ni dah pun lama beroperasi, serious terkejut. Restoran ni milik keluarga Cina yang dah menjual Nasi Ayam selama 30 tahun lebih. Lamanya wei. Patut la rasa dia pun authentic gitu!

Restoran Nasi Ayam Hailam ni bermula di Jalan Klang Lama sebagai Nasi Ayam Chee Meng pada tahun 1965. Sekarang cucu-cucunya pulak yang kembangkan perniagaan di sekitar Lembah Klang. Memang legend la.

Resipi tradisional dari Hainan. Memang asli!

makanan di restoran Nasi Ayam Hailam

Apa yang special  tentang restoran Nasi Ayam Hailam? Korang boleh makan Nasi Ayam Hainan yang ori! Sebab mereka gunakan resipi tradisi turun temurun. Jangan risau, ianya dijamin halal ya.

Pengasas restoran Nasi Ayam Hailam ni berasal dari Hainan. Patut la dapat rasa keasliannya! Sampai sekarang resipi tradisional dari Hainan ni masih dikekalkan. Macam mana? Korang nak try?

menu restoran Nasi Ayam Hailam

Okay, jom tengok menu yang admin cuba kat restoran Nasi Ayam Hailam. Jaga-jaga kalau selera terangkat nanti. Hehe.

Menu utama yang hot selling, korang prefer  yang mana?

perempuan tengah makan di restoran Nasi Ayam Hailam, PJ New Town

So, menu utama apa yang paling hot selling kat restoran Nasi Ayam Hailam? Ni dia… Wah, tengok gambar pun nampak menyelerakan. Apatah lagi, depan mata sendiri. Korang telan air liur je la dulu eh. Hehe.

Hainanese Chicken Rice

Hainanese Chicken Rice

Untuk korang yang sukakan kesempurnaan dan keaslian, better pilih Hainanese Chicken Rice. Menu nasi ayam original yang klasik. Ayamnya sangat lembut dan juicy. Baunya pun harum. Sedap dan special!

Roasted Chicken Rice

Roasted Chicken Rice

Kalau korang sukakan variasi, boleh pilih Roasted Chicken Rice. Sama macam menu tadi, tapi kulit ayamnya lebih keperangan. Admin lagi suka yang ni sebab kulit ayamnya lebih crispy. Yummy.

Jangan lupa pilih side order ni, serius ngam dengan tekak korang

Pergi makan kalau tak pilih side order, macam tak lengkap kan? Kali ni admin ada pilih yang admin sendiri tak pernah cuba jugak. Nak sangat tahu rasanya macam mana. Sampai rasa tak sabar nak makan!

Thai Style Century Egg

Thai Style Century Egg

Kalau korang nak tahu, ni namanya telur padi. Admin tak pernah rasa, so  pilih la Thai Style Century Egg ni. Nampak telurnya warna hitam, macam jelly  pun ada. Telur ni kena makan sekali suap baru sedap tau.

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga

Wah, ada Kerabu Mangga! Admin agak picky  bila order  Kerabu Mangga. Tak suka kalau dapat yang masam. Tapi bila dah masuk mulut, kombinasi rasa masam, masin, manis, lemak dan pedas, semuanya ada. Perfect  la!

Wantan Goreng

Wantan Goreng

Admin agak jarang makan Wantan Goreng. Sebab kat restoran Cina je kan ada menu ni. Bila ada peluang, nak try  la. Makan panas-panas lepas tu cicah dengan sos, lazat gila. Rangup pulak tu. Crunchy  beb.

Assam Prawn

Assam Prawn

Eh, ada seafood  jugak kat sini. Banyak pilihan tapi admin try  Assam Prawn. Sedap rasanya. Pedas dan masam dia tak berapa kuat. Memang kena dengan tekak admin. Next time boleh repeat!

Kangkung Belacan

Kangkung Belacan

Eh, dah makan macam-macam. Jangan lupa makan sayur eh. Hehe. Admin order  sayur paling sempoi tapi best. Kangkung Belacan ni super  sedap la. Paling penting, sayur kangkungnya segar. Fuh!

perempuan tengah makan di restoran Nasi Ayam Hailam, PJ New Town

Hai, dah lapar ke tu? Korang mesti tengah marah admin sekarang. Jangan macam tu. Hehe. Tak sabar nak try? Okay, dah alang-alang tu admin share  la cawangan restoran Nasi Ayam Hailam kat bawah ni ya.

lokasi nasi ayam hailam

Kalau nak tahu update  terkini restoran Nasi Ayam Hailam, korang like dan follow Facebook Page Nasi Ayam Hailam ni. Mana la tahu nanti diorang ada bukak cawangan baru lagi kan?

Alamak, admin dah buat korang craving nasi ayam ke? Haaa.. Boleh pakat dengan member untuk lunch di restoran Nasi Ayam Hailam yang baru bukak kat PJ New Town tu. Chicken rice lover, take note nama restoran tau. Kok kok kok!