berita

Oscar Tubuh Pasukan Krisis, Elak Insiden Will Smith Berulang Lagi!

February 27th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penganjur Anugerah Akademi (Oscar) mendedahkan telah menubuhkan pasukan krisis bagi mengawal kejadian luar jangkaan sempena anugerah berprestij yang bakal berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

Artikel Berkaitan: Tak Jadikan Usia Sebagai Penghalang, Michelle Yeoh Kekal Aktif Raih Kejayaan

Artikel Berkaitan: Tampar Chris Rock Sebab Ejek Rambut Botak Isteri, Will Smith Mohon Maaf – ‘Saya Malu Dengan Tindakan Saya’

Insiden menampar

Hal ini susulan satu insiden kontroversi melibatkan aktor Hollywood, Will Smith yang menampar Chris Rock di pentas anugerah terbabit, tahun lalu sekali gus membuka minda penganjur mengenai banyak perkara.

Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Filem Seni dan Sains (AMPAS), Bill Kramer, pasukan khas berkenaan telah bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan pada malam anugerah berprestij (Oscar) yang akan dikendalikan Jimmy Kimmel pada 12 Mac depan.

Kami ada pasukan krisis, sesuatu yang tidak pernah kami buat sebelum ini dan banyak perancangan lain turut disediakan.

Percaya pasukan krisis berkebolehan bertindak dengan sangat cepat andai sebarang insiden berlaku dan penganjur juga mempunyai alasan kukuh untuk memilih Kimmel sebagai hos.

Terdahulu, bintang Will Smith atau nama sebenarnya Willard Carroll Smith II telah bertindak menampar muka pelakon Chris Rock di pentas anugerah Oscar kali ke-94, yang disaksikan secara langsung di Dolby Theatre dan seluruh dunia.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku dek kerana Rock berseloroh tentang hal yang kurang disenangi mengenai penampilan isteri Smith yang berimej botak.

Sumber: Outkick.com & Berita Harian

SKIP THIS AD ×