berita

Osman Kering Disahkan Meninggal Dunia

June 29th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sebentar tadi, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah menulis status di akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa Osman Kering telah meninggal dunia sebentar tadi.

Berita ini telah disampaikan menerusi panggilan telefon oleh isteri Osman Kering kepada Zed Zaidi. Osman Kering telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Takziah kami ucapkan pada keluarga Osman Kering. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Update : Osman Kering telah meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang tadi dan sekarang jenazah masih di HUKM dan akan dibawa ke Masjid Najihin Cheras. via Zuan Melodi

SKIP THIS AD ×