berita

Cara Mudah Nak Bersihkan Oven Yang Kotor, Memang Berkilat Macam Baru Beli!

February 21st, 2019 | by Ai
Make-It-Senang

oven

Oven antara peralatan dapur yang wajib ada di setiap rumah. Bagi si ‘kaki baking‘, oven adalah nyawa mereka untuk menghasilkan kek, biskut, dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan oven untuk membakar ayam, daging, ikan dan sebagainya. Kiranya, oven ini banyak kegunaannya dan mudah untuk dikendalikan.

Namun, kekerapan menggunakan oven akan adanya sisa-sisa makanan yang melekat. Kadang-kadang terdapat sisa yang sukar untuk dihilangkan. Jadi, kami kongsikan tip mudah untuk membersihkan oven hingga berkilat menggunakan bahan dapur sahaja!

Bahan-bahan

baking soda

Bahan diperlukan:

  • Air
  • Botol spray
  • Baking soda
  • Kain buruk
  • Cuka
  • Mangkuk kecik

Cara-caranya

oven

1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven.

2. Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan air dalam mangkuk tadi. Tujuan untuk jadikan campuran itu kepada pes supaya mudah disapukan pada permukaan kotor.

3. Sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven, baking soda itu akan bertukar jadi warna perang.

4. Biarkan 12 jam untuk bagi dia jadi magik heheh ini serius tau.

5. Cukup 12 jam, ambik kain buruk, lap sebanyak mungkin baking soda tu.

6. Letakkan cuka dalam botol spray dan sembur permukaan yang masih ada saki baki baking soda tu.

7. Kemudian lap dengan kain buruk.

8. Letak kain buruk tadi dalam oven.

9. On oven dengan temperature rendah lebih kurang 10-15 minit dan biar ia kering.

oven

Permukaan kaca (pintu) oven:

1. Ulang langkah 1 tadi.

2. Sapu pes itu pada kaca pintu oven.

3. Biar 30 minit.

4. Guna kain buruk untuk lap.

Dah siapnya, hasilnya anda dapat macam dalam gambar. Kalau nak lagi bersih, belilah oven baru yang semestinya nampak bersih.

Sumber: Inspirasi Deko

SKIP THIS AD ×