Pengorbanan seorang ibu tiada nilainya, mereka sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Tidak hairanlah kalau di dalam Islam syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Betapa besarnya pengorbanan mereka dari lahir sehinggalah membesarkan kita.
Di Instagram, Yatt Hamzah berkongsi pengalaman bersalin anaknya yang keempat. Perkongsian pelakon itu membuatkan ramai terharu dan tersentuh. Allahu dasyatnya pengorbanan seorang ibu.
Lendir berdarah
Menurut Yatt Hamzah, dia mengalami pertumpahan darah berlendir menyebabkan dia bergegas ke hospital. Dia mula merasakan kontraksi sakit setiap 7 minit. Meskipun ini bukanlah kelahiran pertama, namun perasaan berdebar ini turut ada. Tambahan kandungan keempat ini sudah overdue selama 2 minggu dari tarikh jangkaan awal.
Selepas beberapa jam menunggu, bukaan masih lagi 4cm. Dia terpaksa dimasukkan induce induce air untuk memudahkan air ketuban pecah dan dapat kuatkan kontraksi hamil. Semasa pecahkan ketuban ianya mengambil masa yang lama sehingga menyebabkan kesakitan luar biasa. Rupanya doktor memaklumkan membrane ketuban pelakon itu tebal. Lepas pecahkan ketuban, nurse masukkan ubat berak dan baru dia terasa mahu ke tandas. Tak cukup dengan itu, nurse masukkan pula induce drip.
Kemasukkan induce di dalam darah itu menyebabkan kesakitan. Badannya terasa lembik kerana menahan sakit kontraksi selang 5 minit selama seminit panjangnya. Selepas itu, bukaan baru 6cm dan doktor terpaksa masukkan lagi 1 botol induce. Yang kali kedua, sakitnya amat dasyat sehingga menyebabkan Yatt Hamzah rasa nak terpecah peranakan. Bayangkan sakitnya sepanjang masa sehingga Yatt Hamzah terlalu sakit dan tidak dapat menahan.
Sumber : Yatt Hamzah