berita

‘Overdue 13 Hari, Tumpah Darah Lendir’ – Yatt Hamzah Kongsi Pengalaman Perit Bersalin Anak Ke 4

January 23rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pengorbanan seorang ibu tiada nilainya, mereka sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Tidak hairanlah kalau di dalam Islam syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Betapa besarnya pengorbanan mereka dari lahir sehinggalah membesarkan kita.

Di Instagram, Yatt Hamzah berkongsi pengalaman bersalin anaknya yang keempat. Perkongsian pelakon itu membuatkan ramai terharu dan tersentuh. Allahu dasyatnya pengorbanan seorang ibu.

Lendir berdarah

 

View this post on Instagram

 

PART 2 Sambungan #kisahlabourroomBondaYatt Doktor kata dah buka 4 cm! Allahuakbar mcm tak percaya! Sbb inilah pertama kali bukaan sebanyak ni on 1st check bila kena admit di Hospital. 3 anak sebelum ni semuanya 1-2 cm shj walaupun dah sakit2..?Mmg Bonda rasa lega dan happy sikit sbb kali ni ada progress yg lbh baik. . Kemudian Doktor check BP, pergerakan baby (CTG) & mcm2 lg. Alhamdulillah semua ok. Air ketuban pun banyak dan baby bergerak normal walaupun dah 13 hari lewat. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah jaga baby Bonda walaupun ramai yg risau yg mcm2 ttg dia. Takut termakan tahi lah.. Terbelit tali pusat mcm Medina dulu lah.. Baby x active lah.. Allahuakbar semua yg menakutkan Bonda tolak tepi, hanya fokus nak melahirkan dg cepat dan selamat. . Doktor minta nurse hantar ke Labour Room terus utk tunggu bukaan lbh besar. So Bonda dah mula confident harapan tinggi utk bukaan lbh besar dan lbh cepat dr sblm2 ni. Hati mkn berdebar2, jantung berdegup kencang yg amat. Bibir x stop berzikir. Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin “Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”. . Bila masuk shj ke Labour Room.. Bonda terus diminta salin baju labour dan disuruh berehat sementara tunggu Doktor Asmah Yun sampai. . Bonda dduk atas katil ditemani suami yg sibuk lipat baju2 Bonda (baju masa dtg td) dan simpan dlm beg sebelum tiba2 Bonda teringat sesuatu.. (BERSAMBUNG…) . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #bondaYHshare #ibuhamil #kisahlabourroomBondaYatt #30dec2019 #Sucino4 #givingbirth #hospitalpusrawi @pusrawiofficial

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Menurut Yatt Hamzah, dia mengalami pertumpahan darah berlendir menyebabkan dia bergegas ke hospital. Dia mula merasakan kontraksi sakit setiap 7 minit. Meskipun ini bukanlah kelahiran pertama, namun perasaan berdebar ini turut ada. Tambahan kandungan keempat ini sudah overdue selama 2 minggu dari tarikh jangkaan awal.

View this post on Instagram

 

PART 3 Sambungan #kisahlabourroombondaYatt . Bonda baru teringat ada bw bekal buah delima & kurma dr rumah sbg energy booster. Kena makan cepat sbb risau jap lg contraction mkn kuat, mmg x lalu x selera nk makan apa pun..Kalau x mkn xde tenaga pula nk meneran. So masa tgh kunyah delima tu, nurse masuk dan bgtau nak orientation. Dia bg briefing ttg procedure dlm Labour room. Masa tu dlm pkl 9.40 pagi. Boleh tgk jam kt dinding atas kepala Bonda tu dlm 2nd pic. . Nurse kata lepas ni Dr Asmah Yun akn dtg utk check bukaan kali ke?2. Jika msh slow, water induce & lactose akan dimasukkan dlm drip. Mungkin jangkaan bersalin lps Zuhur atau lps ASAR tgk pd cepat atau lambat proses bukaan masa contraction. Dan nurse juga ingatkan utk buat solat Jamak Takdim lepas masuk waktu Zuhur nanti khuatir beranak waktu Asar x sempat nak solat. Bonda senyum happy sbb #hospitalPusrawi remind patients utk ambil berat Solat Fardhu walaupun dlm keadaan nak bersalin. Syabas @PUSRAWIOFFICIAL . Then nurse check BP & pasang ctg lg utk monitor baby’s movement. Alhamdulillah semua normal. So sambil layan ctg & sementara tunggu contraction lg kuat dan kedatangan dr Asmah, Bonda spend time dg suami @zulfadhli_khiruddin berdua dlm labour room. Dia setia berada d sisi setiap masa sambil berzikir dan melayan contraction Bonda yg tiba2 slow dr 5-7 minit sekali, jadi selang 9-10 minit pula. Xtau knp. . 11.30 tghari mcm tu Dr Asmah dtg dan check bukaan. Msh 4 cm hurm..Hati dah xsedap. Kena msukkan pil induce lg ke mcm sblm2 ni?? Masa tu jgk Dr Asmah kata kena masuk induce air dan nk pecahkan ketuban utk cepatkn & kuatkn contraction. Masa pecahkan ketuban, Dr ambil masa yg lama dan mcm susah. Sakitnya Allah je tahu. Rupanya kata Dr membrane ketuban Bonda tebal. Lepas pecahkan ketuban, nurse masukkan ubat berak dan terus je terasa dan msuk toilet. Selesai di toilet, nurse masukkan induce drip dan…ALLAH tolong aku!!! . BERSAMBUNG … . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #bondaYHshare #ibuhamil #kisahlabourroomBondaYatt #30dec2019 #Sucino4 #givingbirth #hospitalpusrawi @pusrawiofficial

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Selepas beberapa jam menunggu, bukaan masih lagi 4cm. Dia terpaksa dimasukkan induce induce air untuk memudahkan air ketuban pecah dan dapat kuatkan kontraksi hamil. Semasa pecahkan ketuban ianya mengambil masa yang lama sehingga menyebabkan kesakitan luar biasa. Rupanya doktor memaklumkan membrane ketuban pelakon itu tebal. Lepas pecahkan ketuban, nurse masukkan ubat berak dan baru dia terasa mahu ke tandas. Tak cukup dengan itu, nurse masukkan pula induce drip.

 

View this post on Instagram

 

PART 4 Sambungan #kisahlabourroombondayatt . 11.30am – xsampai 3 minit drip induce tu masuk dlm darah, terus rasa sakit. Cpt2 minta ampun pd suami xtahu kali ke brp dah. Maka bermulalah Perjuangan antara hidup & mati seorang ibu yg hanya dpt dirasai & difahami bila sudah menjadi ibu. . 12.30pm – lunch sampai tp mmg xselera langsung. Sakit mkn kerap, mkn kuat. Contraction dtg selang 5min selama seminit panjangnya. Masuk Zuhur, cpt2 brwuduk & solat jamak qasar utk elak lbh sakit. Masa Tahiyyat akhir contraction dtg sgt kuat & lama. Masa tu mmg freeze skjp tahan sakit yg amat. Dah hilang contraction baru sambung selesaikan solat. Badan dah mkn lembik menahan sakit. Rasa lapar baru dtg, tp msh x lalu nk mkn. Just telan sdkt kurma dan air zam2 utk energize blk. . 14.30 – Dr Asmah check lg. Baru 6 cm, katanya maybe lps Asar akan progress lbh cpt. Dan dia minta nurse masukkan 1 lg botol induce lps ni. ALLAHUAKBAR rasa mcm MASA brjln sgt SLOW. Dan risau nanti xde energy masa nk meneran, so paksa diri telan 3-4 sudu nasi dg kuah kari yg dh sejuk. Itu je yg mmpu dijamah. . Drip kedua masuk je, sakit yg mkn dasyhat dtg. Rasa mcm nak pecah peranakan tu. Allah je tahu sakitnya mcmana. Air mata jatuh laju dan bibir ni x stop ulang kalimah ??? ??????? ?????? ?????? ??????????? ?????? ?????? ???? ????????????? . Mcm2 cara & posisi dbuat utk kurangkn sakit. Tp sakit mkn tak tertahan..Doc suruh baring ke kiri utk cptkn bukaan & utk baby beralih ke tgh sbb masa tu baby dduk blh kanan perut dan msh tinggi kepalanya nk masuk dlm laluan. Doc bg gas utk divert sakit tu tp xkrgkan sakit. Just bg x focus pd sakit. Swipe left utk tgk Bonda menahan sakit. Sebak tgk muka sendiri? . 4pm – Dah 8cm. Hati lega igt boleh terus bersalin tp doc kata tunggu 10cm,kalau paksa teran 8cm nanti koyak. Tp dah xlarat nk tunggu. Wallahi bersalin kali ni PLG SAKIT. Sakit xstop, xde break. PELIK. Pttnya break selang 3?5min tp kalini xde break. Sakit all the way. Rasa dah xsanggup, CUKUPLAH. 5pm-tiba2 rasa nak… 1st time rasa nak.. Rasa nak apa? (BERSAMBUNG) . Tahu ramai yg tunggu Part 4 ni. Sorry sgt dah janji nak share 2hari lps pun x done sbb bz dg anak2..? #yattmengayat #darihatiseorangmujahidah

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Kemasukkan induce di dalam darah itu menyebabkan kesakitan. Badannya terasa lembik kerana menahan sakit kontraksi selang 5 minit selama seminit panjangnya. Selepas itu, bukaan baru 6cm dan doktor terpaksa masukkan lagi 1 botol induce. Yang kali kedua, sakitnya amat dasyat sehingga menyebabkan Yatt Hamzah rasa nak terpecah peranakan. Bayangkan sakitnya sepanjang masa sehingga Yatt Hamzah terlalu sakit dan tidak dapat menahan.

Sumber : Yatt Hamzah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×