berita

#OwnTheNight Dengan Internet Tanpa Had! Pas Uni5G Unlimited Larut Malam Hanya RM3!

September 22nd, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

“Kalau korang selalu stay up malam buat kerja, tugasan, live stream atau layan game online, jom lah cuba Pas Uni5G Unlimited Larut Malam. Sekarang pada harga RM3, boleh stream internet tanpa had pada kelajuan 2 kali ganda dari jam 2 hingga 8 pagi.”

Mesti korang macam… betul ke pernyataan diatas? Ke aku tengah alami dejavu?

Pas Uni5G Unlimited Larut Malam laju dan murah!

Untuk pengetahuan korang, Unifi Mobile kini menawarkan Pas Uni5G Unlimited Larut Malam untuk semua pengguna pelan prabayar mereka.

Ini untuk memenuhi permintaan data pada waktu tengah malam yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan pelajar dan golongan belia.

Unifi Mobile berharap inisiatif ini akan memastikan pelajar dan golongan belia sentiasa terhubung dengan dunia akademik atau kegemaran peribadi, supaya korang terus menjalani kehidupan dengan semangat #OwnTheNight #HidupBiarOhsem.

Nikmati Data 4G+5G Tanpa Had semasa waktu larut malam, hanya RM3 dengan Pas Uni5G Unlimited Larut Malam! Dapatkan maklumat lanjut mengenai pelan prabayar Unifi Mobile di SINI. Leh streaming tanpa had!

Data murah jimatkan perbelanjaan pelajar

Selain itu, menurut satu kajian, 89% pelajar universiti di Malaysia melakukan pekerjaan sambilan sebagai satu langkah untuk menampung peningkatan kos pendidikan.

Semoga dengan adanya Pas Uni5G Unlimited Larut Malam, beban perbelanjaan bulanan pelajar dapat dikurangkan terutamanya bagi mereka yang selalu guna internet untuk belajar ataupun hiburan.

Tak kisahlah phone korang support 4G atau 5G, Unifi Mobile jamin korang akan menikmati data tanpa had pada kelajuan tinggi.

Jadi, korang boleh la buat apa saja aktiviti online . Tak kisah lah nak siapkan assignment, buat bisnes, nak main game, layan movie atau K-drama, korang boleh buat semuanya sepuasnya.

Medium ekspresikan diri

Mungkin ramai yang tak tahu, internet sekarang telah menjadi medium untuk gen Z mengekspresikan diri mereka melalui platform-platform media sosial, YouTube dan pelbagai lagi.

Mereka inilah golongan yang mempersonifikasikan pendigitalan dan ketersambungan.

Perasan tak, kandungan viral dalam talian sekarang ni kebanyakannya adalah hasil kreatif gen Z?

Oleh itu, langkah memperkenalkan Pas Uni5G Unlimited Larut Malam dilihat sebagai satu langkah yang bagus bagi memberikan keseimbangan dalam kehidupan pelajar dan juga golongan belia.

Kembangkan liputan 5G di Malaysia!

Diharap inisiatif ini boleh dorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk guna internet 5G.

Walaupun rangkaian 5G dah capai liputan 68.8%, cuma 4.2% je yang betul-betul manfaatkan. Sayang kan kalau tak guna?

Usaha memperkenalkan liputan 5G kini giat dijalankan antaranya melalui kempen Uni5G #OwnTheNight Live Unstoppable yang berlangsung di Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya.

Program yang berlangsung selama 3 hari itu bertujuan untuk menunjukan potensi 5G kepada pelajar dan staf MMU.

Pelbagai aktiviti diadakan di sana antaranya cabaran e-sukan Mobile Legends yang mengintegrasikan budaya mamak dan dikuasakan oleh Uni5G, dan Festival Muzik Senyap (Silent music festival) yang pertama di kampus yang menampilkan aksi DJ Bad Habits, Ahmad (DJ Santan), Luqman Podolski, Ieman Jemymma dan Nafis, Arulini dan Midnight Fusic.

Acara ini juga diisi dengan aktiviti-aktiviti lain seperti mural bercahaya-dalam-gelap yang unik dengan dua perspektif, bazar pop-up yang dikelola oleh pelajar dan bengkel fotografi malam.

Layari Facebook dan Instagram Unifi untuk hebahan terkini.

Nikmati Data 4G+5G Tanpa Had semasa waktu larut malam, hanya RM3 dengan Pas Uni5G Unlimited Larut Malam! Dapatkan maklumat lanjut mengenai pelan prabayar Unifi Mobile di SINI.

 

 

SKIP THIS AD ×