berita

‘Oyen’ Bantu JPAM Kesan Ular Dalam Enjin Kereta

September 28th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang pengguna di Twitter,_Sysyaaa berkongsi pengalamannya apabila pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dapat menangkap seekor ular yang menyelinap masuk ke dalam enjin kereta dengan bantuan seekor kucing.

Ular berjaya ditangkap

Foto:  _Sysyaaa

Ketika kejadian,  _Sysyaaa sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah dan ternampak trak milik JPAM memasuki kawasan perumahannya. Jelasnya, terdapat laporan terdapat seekor ular yang sedang berada dalam enjin sebuah kereta.

Kucing yang dikenali sebagai Oyen bertindak membantu pihak JPM dengan mengesan kehadiran ular tersebut. Oyen ketika itu, seolah-olah memberi isyarat kepada pihak JPAM bahawa terdapat seekor ular yang berada dalam enjin kereta. Lazimnya, Oyen selalu bertenggek di atas kereta.

Oyen ok!

Menurut  _Sysyaaa, Oyen berada dalam keadaan yang selamat dan masih mengenalinya walaupun pada mulanya Oyen bertindak agak agresif selepas insiden itu.

Ujar pengguna lain di Twitter, kucing memang bagus dalam mengesan ular yang terdapat di sesebuah kawasan tersebut dan berkongsi pengalamannya apabila kucingnya berjaya mengesan anak ular jenis senduk.

Sumber: _Sysyaaa

SKIP THIS AD ×