
Pelakon Ozlynn memilih untuk menyediakan juadah makanan sendiri buat suami dan anak-anaknya, meskipun perlu bangun di awal pagi.
Artikel Berkaitan: Ozlynn Kongsi Rakan Anak Peluk Islam Atas Keputusan Sendiri, Nasihat Jaga Batas – ‘Dia Seorang Gadis Yang Baik’
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Johan Tegas Dengan Semua Anak – ‘Mak Kau Panggil Tak Menyahut…Memang Nak Kena’
Perkongsian Ozlynn
Menerusi perkongsian di Instagram, Ozlynn atau nama penuhnya Rozlinawaty Ismail, 45, berkongsi bahawa dia bukan hanya sekadar memasak, tetapi penyediaan bahan-bahan juga dilakukan sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.
Menurut Ozlynn, rutin itu adalah kepuasan untuknya terutama setiap kali melihat suami dan anak-anak menjamu selera dengan air tangannya sendiri.
Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Bangun kadang-kadang 4 pagi, kalau terbabas pukul 5 pagi, tetap bangun masak.
Tidak, bukan bibik yang masak atau sediakan. Semuanya sendiri sebab rasa seronok tengok anak suami makan semua yang kita sediakan.
Tak sanggup tengok suami tapau makanan dekat luar, melainkan ada hari cuti kita belanja apa yang mereka teringin.
Walaupun penat, namun Ozlynn bersyukur kerana dapat menghidangkan makanan buat mereka, malah ahli keluarganya juga tidak cerewet.
Penat? Kadang otak pun jem, tapi Alhamdulillah, suami dan anak-anak tak memilih, makan sahaja sebab kita dah tetapkan.
Rezeki depan mata makan je, terpedas ke, tertawar ke bedal. Nak kumpul kekuatan bangun awal pagi untuk masak bukan senang, sebab kadang-kadang saya tengah masak, pembantu pun tidur lagi.
Bukan itu sahaja, sebagai ibu, pelakon filem Libang Libu ini juga menempuh waktu pagi yang sibuk apabila dia turut menyiapkan anak-anak sebelum mereka ke sekolah.
Baju pun saya sudah siap basuh, jadi saya suruh mereka (pembantu) vakum dan mop rumah bersih-bersih dan gosok baju sahaja.
Saya? Seorang nak saya mandikan, seorang nak pakaikan baju, seorang nak suapkan makanan. Nasib baik yang lelaki dah besar panjang, anak perempuan selepas bagi salam, celik dan senyum je.
Untuk rekod, Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Johan pada 25 Julai 2009.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.
Sumber: Instagram








