
Pelakon, Ozlynn Waty meraih perhatian apabila memberi bantuan kepada rakan seperjuangannya, Azar Azmi yang sedang menghadapi kesusahan sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Dedah Kebaikan Ozlynn, Pernah Hulur Bantuan Saat Susah – ‘Aku Dapat Beli Susu Anak’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Suami Nak Murah Rezeki, Jangan Kedekut Dengan Isteri’ – Ozlynn
Memahami
View on Threads
Kata Ozlynn, dia memilih untuk membantu Azar kerana memahami situasinya sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya.
Malah Ozlynn berkata hatinya berasa pilu apabila melihat seorang ibu tidak mampu memberikan kemewahan kepada anak-anaknya.
Yang ada anak saja akan faham. Ibu tak makan tidak mengapa, jangan anak-anak.
Sebelum ini, Azar menceritakan bagaimana isteri kepada pelawak, Johan itu menjadi antara individu terawal yang tampil menghulurkan bantuan.
Pelakon drama Nur ini menyifatkan Ozlynn seorang sahabat yang sangat memahami selain turut menghulurkan bantuan zakat yang membolehkannya membeli keperluan anak-anak.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

