
Tular sepotong video memaparkan pelakon, Pablo Amirul sedang memberi penjelasan kepada isterinya susulan dakwaan kononnya dia pernah mengunjungi sebuah gerai minuman yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana penjualnya berpakaian tidak sopan.
Artikel Berkaitan: Pablo Amirul & Dr Hana Rose Sah Jadi Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
‘Saya maafkan’

Video itu dimuat naik semula oleh seorang wargamaya yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan segelintir netizen yang didakwa bergurau secara keterlaluan sehingga mencetuskan salah faham antara pasangan suami isteri tersebut.
Bini Pablo yang cun melecun ini pun boleh sentap bab air buah D Flora tu, ini pula awek/bini yang biasa biasa ni.
Come on guys benda macam ini jangan buat melawak, bahaya. Dari santai live laki bini dah tak memasal pula jadi ke lain terus end live.
Menjawab perkara itu, Pablo tampil membalas perkongsian tersebut dengan memaklumkan dia sudah memaafkan individu yang memulakan gurauan berkenaan, namun menegaskan isu itu tidak wajar dijadikan bahan jenaka.
Menurut Pablo, sebagai individu yang dikenali ramai, dia sangat menjaga reputasi diri serta kerjaya, selain menafikan sekeras-kerasnya pernah berada di lokasi yang diperkatakan.
Saya maafkan siapa yang mulakan benda-benda macam ini. Dengan kerjaya saya, memang tak akan ke tempat-tempat macam ini.
Pengajaran untuk semua orang bergurau macam ini, tak cool. Ambil masa berjam untuk buktikan. Kalau ada gambar atau video yang pernah berada di kawasan macam itu, saya cabar buktikan.
Saya orang yang dikenali, mustahil orang tak bergambar acara-acara macam itu atau ke tempat macam itu.
Sumber: Threads








